HIKMAH BERPUASA

Puasa dari Sudut Kesihatan

sebenarnya bagi orang-orang yang tahu nilai dan kebaikan puasa itu memang banyak.

Diantara kebaikan-kebaikan puasa utnutk kesihatan ialah:

1. Puasa memberi Kesegar kepada fisikal dan mental seseorang.
2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau tosik dalam darah manusia.
3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat, segar dan bertenaga.
4. Puasa akan memanjangkan umur anda
5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa
6. Puasa akan membantu menhakiskan keracunan yang berada dalam tubuh badan manusia.
7. Puasa akan memberi keimbangan dalam darah.
8. Bilamana darah kita terlampau asam / asid, bila berpuasa semua asid akan detox an darah akan kembali alkali.
9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi
10. Puasa boleh menurunkan berat badan
11. Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan
12. Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata
13.

Penemuan Terbaru Dalam Abad Millinium

Dalam penyelidikan yang kami lakukan di kolej kami dapati penemuan yang tercanggih dalam alaf baru tahun 2000 ini ialah 'Hikmah-Hikmah Berpuasa'

Satu kaedah yang paling sempurna dan paling mustajab untuk mengimbangi kesihatan tubuh badan manusia dan untuk menghindari dari segala macam penyakit ialah melalui berpuasa, sama ada berpuasa dibulam Ramadan atau berpuasa sunnat pada hari Isnin dan Khamis.

Bilamana anda telah berpuasa pada waktu tersebut anda telah dapat membantu diri anda kearaha kesihatan total, baik kesihatan fisikal, mahupun mental. Puasa boleh memanjangkan umur anda dan membuat anda muda sepanjang waktu.

Selamat Berpuasa

Kursus-Kursus Anjuran Kolej kami ialah:-
* Pengajian Tahfiz Al-Quran
* Kursus Perubatan Homeopathy
( Part Part / Full Time )
* Kursus Perubatan Akupunktur China
( Short Courses / Regular Courses)
* Kursus Bekam / Cupping
* Kursus Reflexology

Sesiapa yang berminat boleh memohon terus dari kolej kami seperti alamat diatas.

Our E mail & Web Site
http://www.nikomar.com
E-mail
http://www.nikomar.com

Selamat berpuasa& selamat beribadat

KEPENTINGAN IBADAH PUASA

Assalamu'alaikum wrh.

Ibadah puasa adalah termasuk dalam rukun Islam. Ini bermakna puasa termasuk ibadah yang terpokok. Yang menjadi perkara asas untuk membina peribadi Muslim. Apa yang ada pada puasa hingga dipilih ALLAH untuk masuk senarai rukun Islam? Mula-mula orang yang ingin pada Islam disuruh buat pengakuan dan kesaksian keyakinannya pada ALLAH dan Rasul: "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH."

Pengakuan ini kemudian disuruh buktikan melalui sembahyang. Berbagai ikrar, janji dan harapan kita bisikkan kepada ALLAH sewaktu sembahyang demi membuktikan kita taat tunduk (rukuk dan sujud) kepada-Nya. Menyatakan kerelaan fizikal dan mental kita menyerah diri kepada ALLAH. Menajamkan rasa

kehambaan di dalam hati dan menyuburkan rasa berTuhan di dalam jiwa.

Ibadah puasa jatuh nombor ketiga iaitu selepas ibadah sembahyang. Maksudnya, selepas membuat pengakuan taat setia, maka kita diuji dengan suatu perintah aneh iaitu puasa. Kita tidak dibenarkan makan disiang hari selama sebulan sekalipun lapar dan makanan ada dihadapan mata. Ertinya ALLAH mahu mendidik kita untuk

susah, berletih lesu, menahan keinginan pada sesuatu sekalipun ia ada di hadapan mata. Bukankah itu aneh? Orang yang jahil dan kurang faham akan menganggap ia

sebagai suatu penyiksaan dan bebanan lantaran itu berlalunya Ramadhan disambut dengan riang. Apa sebenarnya yang ALLAH kehendaki dari puasa?

Menahan keinginan terhadap sesuatu yang kita ingini adalah sesuatu yang perlu dan penting. Istilah kecewa atau frust lahir dari seseorang yang tidak dapat

menahan hati dari keinginan yang tidak tercapai. Dan kecewa adalah penyakit lumrah dalam masyarakat kini. Terkadang penyakit kecewa boleh membawa manusia kepada pelbagai lagi penyakit-penyakit jiwa yang lain.

Dan ini akan terus berlaku sebab kehidupan manusia selalunya terlalu banyak keinginan-keinginan yang tidak tercapai. Walau betapa bijak, kaya dan berkuasa

seseorang itu, dia tentu tidak dapat menolak taqdir ALLAH. ALLAH sudah tentukan bahawa tiap manusia itu akan diuji.

Tidak tahu sabar adalah suatu kekurangan yang merbahaya. Terlalu banyak perkara di dalam kehidupan yang meminta agar kita dapat berlaku sabar. Di dalam

menunaikan perintah-perintah ALLAH, di dalam menghadapi musibah dan kesabaran yang paling utama adalah bersabar di dalam meninggalkan

larangan-larangan ALLAH lahir dan bathin.
Imam Bukhari ketika bermunajat dengan ALLAH berbisik-bisik:- "Bukan aku tidak sabar dengan ujian-Mu ya ALLAH, cuma hendak mengadu pada Mu, tempat aku kembali nanti. Memohon ketenangan, keampunan dan mutmainnah."

Begitulah seharusnya hati orang Mukmin tatkala berhadapan dengan persoalan hidup. Mereka tunduk dan patuh kepada kehendak ALLAH kerana merasakan

segala-gala yang berlaku adalah dengan keizinan dan kemahuan ALLAH. Malah mereka memuji-muji ALLAH kerana Maha Bijaksana dan Maha Adil-Nya melakukan kejadian itu. Kalau ujian berupa nikmat, mereka bersyukur bersama airmata kesyukuran dan kalau berupa kesusahan, mereka bersabar dan redha bersama airmata kesabaran.

UNTUK TUJUAN INILAH PUASA ITU DIPERINTAHKAN. ALLAH TENTUKAN KEHIDUPAN DI DUNIA ADALAH PERGILIRAN NIKMAT

DAN UJIAN. DAN KEBAHAGIAAN SEBENAR IALAH PADA MEREKA YANG BOLEH BERSYUKUR DAN BERSABAR. SEBAB ITU ALLAH

MAHU DIDIK MANUSIA KE ARAH ITU.

Bila kita berpuasa bererti kita mengajak diri kita bersabar terhadap keinginan kerana ALLAH, bukan kerana lain-lain. Dan kalau ini dilatih, dibiasakan selama

sebulan, ertinya kita membuat latihan jiwa untuk bersabar, untuk patuh menanggung kesusahan kerana

ALLAH.

Jiwa yang apabila berhadapan dengan kejadian yang malang, kecewa, hampa, susah dan kegagalan akan tunduk dan sabar dengan ALLAH, kerana ALLAH. Kita boleh berikhtiar untuk elakkan kemalangan itu tapi bukan dengan hati yang panas, marah-marah dan memberontak. Sebaliknya kesabaran menghadapi ujian semakin meningkatkan rasa kehambaan di dalam hati kerana merasakan lemahnya dia untuk menolak taqdir dan kuasa ALLAH. Inilah jiwa yang tenang.

Seseorang yang merasakan puasanya selama ini tidak membuatkan jiwanya mahu bersabar dengan keinginan yang tidak tercapai, kesusahan dan kegagalan, samalah dengan orang yang tidak berpuasa. Maka kalau puasa tidak membuahkan akhlak yang mulia dengan ALLAH dan sesama manusia, maka jadilah puasa itu sepertimana sabda Rasulullah; "Tidaklah diperolehi apa-apa dari puasa itu melainkan hanya lapar dan dahaga."


Kita berlindung dengan ALLAH daripada kerugian demikian.

Wassalam.

DITULIS OLEH
Fadzila Azni @ Sukainah At Thahirah Ahmad

Tuesday, December 29, 2009

Pekerti Mulia

Adabul al-Muslim Fii Hayatihi
(Pekerti Luhur dalam Kehidupan Muslim)


Adab menyambut kelahiran.

Zuriat keturunan adalah salah satu daripada nikmat anugerah Allah s.w.t kepada setiap pasangan yang berkahwin.Dengan keturunan itulah pada hakikatnya akan meneruskan pengabdian diri seorang insan kepada yang Maha Mencipta.Pengabdian diri manusia sebagai sebagai seorang hamba akan terhenti dengan terpisahnya ruh daripada jasad seseorang.Akan tetapi hal sebaliknya akan terjadi seandainya seseorang itu di padanya kurniakan keturunan, maka pastinya anaknya itulah nanti akan meneruskan kesinambungan kerja-kerja ibadah(amal ubudiah)yang ditinggalkan oleh ibu-bapa.

Justeru kita dapat memahaminya berdasarkan sabda nabi dalam hal ini ialah
Sabda Rasulullah yang beramaksud:
Apabila matinya seorang anak adam(manusia)makan akan terputusla amal perbuatannya kecuali tiga perkara.pertama Sedekah Jariah(berkekalan)kedua ilmu yng berfanfaat dan ketiga anak soleh yang mendoakan kebaikan untuknya.

Maka jelaslah bahawa anak merupakan anugerah ilahi yang tak terhingga sehingga mampu memberikan kebahagian kepada ibu-bapa walaupun mereka telah terpisah dan dipisahkan oleh sebuah kematian.Oleh yang demikian maka sepatutnya bagi ibu bapa yg memiliki anak dan yang bakal medapat cahaya mata mensyukiri nikmat ini dan bersedia untuk memikul tanggung jawab didalam mendidik,menjaga dan mengawal kelakuan akhlak anak mereka.

Islam adalah agama yang maha sempurna.tidak ada satu espek kehidupan manusia yang tidak diajar di dalam islam.Bermula dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara.Berikut akan diterangkan adab dan juga perilaku yang sepatutnya dulakukan oleh para ibu-bapa dan warga pendidik cacara khusus dan umat islam secara umum berkaitan dengan anak yang baru dilahirkan.



PERBAHASAN PERTAMA

1)Sunat digembirakan dan ucapan tahniah apabila menerima berita kelahiran anak.

Apabila seseorang mendapat berita tentang kelahiran anak saudaranya yang Islam maka sunat baginya menyegerakan hal-hal yang mengembirakan saudaranya itu dengan ucapan tahniah serta menimbulkan perasaan sukacita.Dengan itu akan menguatkan hubungan disamping menyuburkan lagi ikatan kasih-sayang sesama Keluarga Islam.Kiranya ini tidak mampu dilakukan maka hendaknya ia memohon doa untuk saudaranya dan juga anak yang baru dilahirkan itu..{Semoga mendapat keberkatan dari allah pada anda seisi keluarga dengan kelanhiran anak ini.Semoga anda diberikan kebahagian dan keceriaan dalam kehidupan dunia dan akhirat}Mudah-mudahan Allah memakbulkan doa yang dipanjatkan itu dan memelihara anak itu dari segala yang tidak baik.
Sesungguhnya Al-Quran telah memaparkan kisah tentang mengembirakan anak yang baru lahir dalam beberapa ayat suci sebagai panduan dan pengajaran besar kepada umat ilam yang cintakan agama dan ingin hidup dengan cara hidup islam.Antaranya firman Allah dalam mengisahkan Nabi Allah Ibrahim Alaihis Salam dalam surah hud ayat 69-71 yang bermaksud:
“Dan sebenarnya telah datang utusan kami(Malaikat) kepada ibrahim dengan berita gembira maka mereka mengucapkan salam,lalu diapun mengucapkan salam pula.Sebentar kemudian dibawakan daging yang telah dibakar.Apabila mereka tidak amenjamahnya,dia lalu mecurigai mereka dan timbul perasaan takut kepada mereka.Mereka menyatakan janganlah takut,sesungguhnya kami diutuskan kepada Kaum Luth.Dan isterinya sedang berdiri ,maka tiba-tiba datang bulannya(haidnya)maka kamipun mengembirakan dengan (anak)Ishak dan sesudah Ishak lahir pula Yaakub”





Kisah Nabi Allah Zakaria alaihis-salam dalam surah aala imran ayat 39 yang bermaksud
“Maka diserunyalah dia oleh para Malaikat sedang dia sedang berdiri di mihrab,bahawanya Allah mengembirakan kau dengan Yahya”

Didalam ayat lain pula Allah berfirman:
“Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami mengenbirakan kamu dengan seorang anak namanya Yahya.Kami belum pernah sebelum ini menjadikan nama ini” surah maryam ayat 8.
Sesungguhnya demikianlah dengan apa yang diriwayatkan didalam sirah bahawa ketika Rasul s.a.w dilahirkan.Datanglah Tsuwaibah tergesa-gesa kepada Abu Lahab mengembirakannya dengan kelahiran Rasulullah s.a.w dengan katanya Abdullah tadi malam tlah mendapatkan anak lelaki.Betapa Abu Lahab apabila mendengar berita itu,lalu dia memerdekan Tsuwaibah kerana terlalu gembira dengan perkhabaran yang dibawa oleh tsuwaibah itu.
As-Suhaili menyatakan bahawa Al-Abbas pernah berkata setelah Abu Lahab meningal dunia aku lihat dia didalam mimpi setelah setahun berlalu dalam keadaan celaka,katanya susudah aku meninggalkan kamu tak pernah aku merasakan rehat kecuali hari isnin(hari kelahiran Rasullah saw. Dimana pada hari itulah dia telah digembirakan oleh Tsuwaibah dan dia bergembira kerana kelahiran Rasullullah s.a.w.
Menimbulkan kegembiraan dan upcapan tahniah ini sepatutnya diucapkan pada setiap anak yang dilahirkan tanpa membezakan samada anak lelaki maupun perempuan kerana rahsia dan hilmatnya terlalu besar.Adalah wajar bagi umat islam tidak meninggalkan amalan ini dalam masyarakat supaya perhubungan mereka bersama menjadi teguh,pertalian persaudaraan semakin hari semakin kuat sehingga perasaan mesra dan kasih sayang meliputi rumah-rumah mereka dan keluarga-keluarga meraka.

13/12/09






2)Azan dan iqamah ketika anak baru dilahirkan

Diantara hukum yang berkaitan dengan anak yang baru dilahirkan ialah mengazankan anak ke telinga sebelah kanan dan mangiqamahkannya pula pada telinga sebelah kiri.Sebaik-baiknya hendaklah dilakukan seraya menerima anak yang baru dilahirkan itu sebagaimana diketengahkan oleh Abu Daud dan Turmuzi daripada Abu Rafi’ bahawasanya dia berkata aku melihat Rasulullah mengazankan ketelinga Hasan bin Ali ketika dilahirkan oleh Fatimah Puteri Baginda s.w.a
Sementara imam Al-BAihaqi dan Ibnu As-Sunni Al-Hasan bin Ali daripada Ali daripada Rasulullah s.a.w sabdanya “sesiapa yang baru mendapatkan seorang anak lalu diazankan ketelinga kanannya serta diqamahkan pula ketelinganya yang kiri,nescaya tidak akan diapa-apakan oleh puntianak”
Juga diriwatkan oleh Ibnu Abbas bahawa Nabi s.w.a mengazankan ditelinga Hasan bin Ali pada hari pertama dia dilahirkan.
Berdasarkan riwayat-riwayat ini maka dihukumkan sunat mengazankan dan mengiqamahkan anak yang baru dilahirkan.Ini kerana mengikut perbuatan Sunnah yang dilakukan oleh Rasullah s.a.w
Sesungguhnya disebalik pensyariatan azan dan iqamah ini terkandung rahsia besar sebagaimana yang si sebut oleh Ibnul Qayyim dalam kitabnya Tuhfatul maudud bahawa perkataan yang mula-mula didengar oleh telinga i anak kecil ialah kalimah seruan yang mulia yang menfandungi makna kebesaran Allah dan ketinggianNya dan juga Dua kalimah Syahadah.hal ini sama seperti mengajarkan syiar islam kepada anak tersebut sebelum mendengar ucapan ajaran yang lain.







Perbuatan ini diangap sama jaga seperti mentalinkan(mengucapkan kalimah tauhid)ketika ia keliar dari dunia ini.Ketika memasuki dunia diajarkan kalimah tauhid dan ketika keluarpun dengan kalimah yang sama.
Dan tiada dapat diingkari bahawa kesan dari azan itu akan sampai kelubuk hati,dan kesan itu akan kekal meskpun dia tak dapat merasainya.Selain itu telah sampai kepada kami bahawa syaitan akan lari bertempiaran sambil berkentut apabila mendengar suara azan.Padahal syaitan telah lama menantikan kelahiran anak itu disesatkan dari jalan yang benar.

Jesteru syaitan akan menjadi lemah dan kecewa apabila pergangtungan anak diajar dandisandarkan pada kekuatan Allah s..w.t
Disisi mana yang lain supaya dakwah kepada Allah dan kepada Agama Allah dan seterunya kepada penyembahan kepada Allah didengar terlebih dahulu olehnya sebelum mendengar seruan syaitan,bisikannya yang mewaswaskan manusia dari berpegang pada jalan yang sebenar.Jalan mentauhidkan Allah dengan sebenar-benarnya. t
Segala makna-makna yang dibawa oleh Ibnu Qayyim ini merupa sebesar dalil tentang kepedulian Rasullah terhadap aqidah tauhid dan iman serta perhatian perhatian Baginda dalam hal menghalau syaitan,iblis dan hawa nafsu sejak dari mula anak itu menghidu udara di dunia ini dan bernafas untuk hidup.


14/12/0










3)Mentahnikkan anak yang baru dilahirkan.

Dianatara hukum yang berkaitan dengan anak yang baru dilahirkan yang terdapat didalam syariat islam ialah mentahnikkan sesudah dilahirkan.Ianya termasuk dalam perkara sunat.
Tahnik bererti mengunyahkan korma serta memindahkannnya kedalam ke lidah anak yang baru dilahirkan.Dimulai dengan meletakkan korma yang telah dikunyah itu di hujung jari kemudian masukkan secara perlahan-lahan hujung jari itu kedalam mulut anak yang baru dilahirkan.Setelahnya gerakkan jari itu ke kanan dan ke kiri dengan lemah-lembut sehingga meratai mulut anak kecil itu dengan korma yang dikunyah itu.Seandainya kurma tidah ada maka boleh digangti dengan apa jua makanan yang bersifat manis seperti madu dan seumpamanya.Adalah perbuatan ini dilakukan sendiri oleh Baginda Nabi s.a.w sendiri.
Adapun hikmah di sebalik pensyariatan hukum tahnik ini ialah menguatkan urat-urat mulut melalui gerakan lidah yang akhirnya menyenangkan anak menghisap susu dari tetek ibunya.Sebaik-baiknya kelakuan tahnik ini dilakukan oleh orang yang soleh dan yang terkenal(diketahui) dengan ketakwaan dan kewarakan.Demi mengambil berkat agar dengan harapan sifat-sifat terpuji yang ada pada orang soleh itu mengalir kepada si anak itu kelak.









Diantara dalil yang mejadi sandaran para ulamak ialah hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Burdah dan meriwayatkan pula dari Abu Musa r.a. katanya “aku pernah mendapat seorang anak lelaki,lalu aku membawanya kepada Rasuulullah s.a.w. maka dinamakannya Ibrahim kemudian ditahnikkannya dengan kurma.,lalu didoakannya agar dicucuri berkat,kemudian Baginda menyerahkannya kepadaku”


4)Sunat menggunting rambut anak yang baru dilahirkan.

Diantara hokum-hukum yang berkaitan dengan anak yang baru dilahirkan juga ialah sunat menggunting rambunya pada hari yang ketujuh.Kemudian rambut itu hendaklah ditimbang dengan perak dan disedekahkan kepada fakir miskin.Disana terdapat dua hikmah besar disebalik pensyariaatan hokum ini.
1)Hikmah kesihatan.Membuang rambut anak yang baru dilahirkan itu memberi kekuatan baginya.Dengannya akan terbuka lubang-lubang rambut.Dan yang demikian itu akan memberi kesan kepada kesihatan pancaindra penglihatan,penafasan dan pendengaran.
2)Hikmah kemasyarakatan.Bersedekah dengan rambut itu seberat timbangan perak mengandungi tauladan yang baik dari sudut kemasyarakatan.Diharapkan dengannya akan memberi sedikit bantuan kepada fakir miskin yang ada dalam masyarakat setempat.Maka akan terjalin satu ikatan jalinan kasih sayang diantara si kaya dengan si miskin.danekali gus meruntuhkan benting yang menjarakjauhkan pertalian ukhwah islamiah dalam masyarakat islam.






Diantara hadis-hadis yang dijadikan dalil bagi para fuqaha didalam permasalahan ini ialah Imam Malik meriwayatkan daripada jaafar bin Muhamad daripada ayahnya,kaatanya:Fatimah r.a.telah menimbang rabut-rambut Al-Hasan dan Al-Husin,Zainab dan Ummu Kultsum,dan telah menyedekahkan perak seberat rambut yang dicukurkan itu.
Sementara Ibnu Ishaq menyatakan bahawa “Rasulullah telah membuat aqiqah seekor kambing untuk Al-Hassan kemudian sabda baginda:wahai Fatimah cukurkan rambutnya dan sedekahkan dengan seberat rambut itu perak.maka Fatimah menimbangrambut itu yang beratnya sekira-kira satu dirham atau setengah dirham”.
Maka perkara yang ada kaitan dengan permasaalahan ini pula ialah laranganmencukur setengah kepala anak kecil dan meninggalkan sebahagian yang lain.Ini dinamakan dengan “qazak”.Qazak yang terdapat dalam larangan nabi ialah
Mencukur bahagian tertentu dari kepala.
Mencukur yang tengah saja.dan ditinggalkan yang sekeliling.
Mencukur yang tepi saja dan meninggalkan yang tengah.
Mencukur yang hadapan saja dan meninggalkan yang tengah.
Ibnu Qayyim menjelaskan bahawa ini semua adalah menunjukkan kesempurnaan dan keadilan Allah dan Rasulnya.sehingga dalam perkara manusia dengan dirinya.Maka Allah mencegah mencujur setengahnya dan meninggalkan setengahnya yang lain.Demikianlah halnya dengan memakai kasut sebelah kaki dan tiada memakai sebelah yang lain.maka yang sepatutnya samada memakai kedua belah kaki atau tidak memakainya terus.
Diantara hikmahnya yang lain bahawa rasullullah dan islam sangat mengambil berat terhadap tiap-tiap diri orang islam supaya mereka sentiasa berada dalam keadaan sopan dan sentiasa kelihatan cantik sesuai dengan gaya dan pemandangan.mencukur setengah dan meninggalkan setengahnya menyebabkan kepala anak kecil menjad cacat dari sudut pandangan orang lain.



Alangkah baiknya kalau semua para ibubapa dan bakal menjadi ibu bapa serta para pendidik mengetahui hokum-hukum ini.dengan mengetahui akan persoalan yang berkaitan dengan kelakuan dan pelaksanaan yang diambil dari sumber wahyu ini pastinya akan menjadikan hidup seseorang itu akan lebih bermakna.Alangkah bahagianya sebuah keluarga yang dapat menghidupkan sunnah dalam kehidupan harian mereka.
Adapun jahil dalam persolan agama pada zaman ini.zaman yang dikelilingi oleh cendikiaan islam atau mereka yang arif dalam persoalan-persoalan dalam urusan agama bukanlah sesuatu keuzuran yang dimaafkan.Apatah lagi jika berkaitan dengan perkara-perkara asas fardu ain yang tak dapat tidak mesti tahu bagi setiap orang yang bergelar mukallaf.
Semoga dengan pengetahuan ini maka hendaknya ibubapa dan warga pendidik mengamalkannya kepada anak-anak mereka satu demi satu.Hiasilah hidup ini dengan sunnah agar kita terus berjalan menuju redha ilahi dan dapat berlindung dibawah naugan rahmat Allah sepanjang hayat.Maka dengan rahmat Allahlah kita akan diizinkan mengetuk pintu syurganya Allah.Amiin…

21/12/09

biodata

ggddkagsffd

kewajipan puasa zahir

terdapat enam dalam perkara iaitu:

1- memastikan datangnya permulaan puasa dengan jalam melihat rukyah anak bulan.

2- niat wajib dilakukan pada setiap malam dalam bulan ramadhan. niat wajib ditentukan dengan pasti misalnya meniatkan untuk melakukan kewajipana puasa ramadhan kerana Allah swt.

3- menahan diri daripaada memasukakn sesuatu benda dalam rongga badan dengan sengaja dan mengetahui bahawa ia sedang berpuasa. puasa batal jika sesorang itu makan. minum, memasukan ubat dalam hidunf atau dubur. puasa tidak terbatal dengan suntiukan, pembedahan urat, bercelak,bersugi,membersihkan telinga atau lubang kemaluan. puasa


jenis zakat

Ada 2 jenis zakat iaitu:

Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan
syarat-syarat yang ditetapkan.
[lagi..]


Zakat Harta
Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:
Zakat Pendapatan
Zakat Perniagaan
Zakat Binatang Ternakan
Zakat Pertanian
Zakat Wang Simpanan
Zakat Emas dan Perak
Zakat Saham
Zakat Ma'adin, Kunuz dan Rikaz *



***

Ma'adin

Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.

Kunuz

Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).

Rikaz

Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)





zakat

ZAKAT PENDAPATAN

TAKRIF PENDAPATAN (AL-MUSTAFAD)

Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.

DALIL WAJIB ZAKAT

Firman Allah s.w.t:


"Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu."

Surah al-Baqarah (ayat 267)

Allah menjelaskan bahawa segala 'hasil usaha yang baik' itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam 'hasil usaha' yang wajib dizakat.

Sabda Rasulullah s.a.w:


"Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)". Mereka bertanya, "Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?". Baginda menjawab, "Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah." Mereka bertanya, " Kalau tidak mempunyai pekerjaan?". Baginda bersabda, "Tolonglah mereka yang meminta pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak berkuasa?". Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah".

Sabda Rasulullah s.a.w:


"Tunaikanlah zakat harta kamu".

(Riwayat at-Tirmizi)

Kalimah 'am-wa-lakum' yang digunakan dalam hadis di atas memberi maksud umum merangkumi segala jenis harta.




JENIS-JENIS HARTA PENDAPATAN

Ulama' mutaakhirin membahagikan Mal al-Mustafad kepada tiga jenis seperti berikut


1. Penggajian dan Upah Kerja

Semua pendapatan secara gaji, upah, ganjaran, imbuhan dan sebgainya ang diperolehi oleh pekerja daripada majikan, hasil daripada usaha atau pekerjaan yang dilakukan untuk majikannya, sama ada semasa berkhidmat, selepas berkhidmat (pencen) atau selepas kematian.

Contoh :

- Gaji, upah, bonus, tuntukan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah , anugerah & insentif, hasil ESOS (Skim pilihan sahan pekerja) dan sebagainya.

Apa-apa hasil yang diperolehi dengan sebab pekerjaan atau penggajian.



2. Zakat Harta Kerja Bebas

Semua pendapatan secara upah, bayaran, imbuhan , royalti, komisyen dan sebagainya yang diperolehi hasil daripada usaha dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional.

Contoh :

- Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional seperti peguam, arkitek, doktor klinik atau hospital swasta dan sebagainya.

- Bayaran projek yang diterima oleh kontraktor dan keuntungan projek bermusim.

- Komisyen dan residual income - pendapatan dari jualan insurans, takaful, unit trust, brokeraj dan seumpamanya.

- Bayaran royalti atau komisyen yang diterima hasl penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya.


3. Zakat Harta al-Mustaghallat

Semua pendapatan yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya.

Contoh :

- Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis, perniagaan dan sebagainya.

- Hasil sewaan kenderaan, pengangkutan, peralatan, aset atau sebagainya.

- Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual



TOLAKAN ZAKAT DAN KEPERLUAN ASASI (HAD KIFAYAH)

Fuhaqa' berittifaq (bersepakat) bahawa keperluan asasi yang sangat dihajari oleh manusia adalah terlepas daripada kewajipan zakat.

Dalil :

Firman Allah s.w.t:


"Dan mereka bertanya kepada kamu " apakah yang mereka akan belajakan (dermakan)? Katakanlah : Yang berlebih dari keperluan (kamu)."

Surah al-Baqarah (ayat 219)


Asas had al-kifayah ialah segala keperluan asasi yang mesti ada pada diri seseorang dan tanggungannya seperti isteri, anak-anak, ibubapa, adik beradik dan sebagainya.

Sabda Rasulullah s.a.w:


"Cukup seseorang itu berdosa apabila ia mengabaikan nafkah orang yang ditanggungnya".

(sunan Abu Daud)



Keperluan asasi yang diambil kita dalam penentuan Had al-Kafayah adalah seperti berikut :

1. Perlindungan
2. Makanan dan minuman
3. Pakaian
4. Perubahan
5. Pendidikan
6. Pengangkutan


KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT

Berikut adalah jadual taksiran zakat pendapatan mengikut Fatwa Zakat Pendapatan, Mac 2010 seperti yang diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

JADUAL PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN

BAHAGIAN A : Komponen Pendapatan

RM

A1 : Hasil Penggajian & Upah
Gaji & Elaun & Bonus
Ganjaran, Gatuiti dan Keuntungan ESOS (Skim Pilihan Saham Pekerja)
Lain-lain


A2 : Hasil Bebas & Professional
Perkhidmatan Konsultansi Professional
Komisyen dan Residual Income
Royalti & Honorarium
Hasil projek bermusim
Hasil tunai sekali sekali seperti hasil pembiayaan semula aset atau jualan aset tetap atau pinjaman bank yang tiada tujuan dan lain-lain.


A3 : Hasil al-Mustagallat
Hasil sewaan Tanah / Bangunan / Kenderaan / Pengangkutan
Hasil pertanian kekal seperti getah, kelapa sawit, durian dan sebagainya yang pokok dan tapaknya tidak dijual
Lain-lain
JUMLAH PENDAPATAN (A1 + A2 + A3)
BAHAGIAN B : Komponen Kos Projek

RM

B1 : Kos Hasil Bebas & Profesional (Jika Berkenaan)
Bayar upah pekerja
Pembelian barang dan peralatan kerja
Cukai, yuran guaman, bayaran lesen & lain-lain
Lain-lain kos


B2 : Kos Hasil al-Mustaghallat
Penyelenggaraan & baik pulih aset tetap
Kos penjagaan tapak ladang/ternakan
Cukai, yuran guaman, bayaran lesen & lain-lain

JUMLAH KOS HASIL BEBAS & PROFESIONAL DAN KOS HASIL al-MUSTAGHALLAT (B1 + B2)

BAHAGIAN C : Tolakan Had Kifayah

RM

C1 : Had Kifayah Isi Rumah
Diri 8,200
Isteri RM5,000/seorang
Tanggungan tidak bekerja (18 tahun ke atas) RM2,900/seorang
Anak berumur 7-17 tahun RM2,200/seorang
Anak berumur 0-6 tahun RM1,500/seorang



C2 : Had Kifayah Tambahan (Jika Berkenaan)

Tanggungan anak cacat RM2,400/seorang
Tanggungan pesakit kronik RM2,400/seorang
Cukai, yuran guaman, bayaran lesen & lain-lain

JUMLAH TOLAKAN HAD KIFAYAH (C1 + C2)


BAHAGIAN D : Tolakan lain RM
Kategori Tolakan Lain
Caruman KWSP (Jumlah kasar gaji x 11%)
Caruman tahunan di institusi yang membayar zakat bagi ahli ataupun pemegang saham seperti :
Lembaga Tabung Haji
Koperasi/Institusi yang membayar zakat

JUMLAH TOLAKAN LAIN

BAHAGIAN E : Pendapatan Bersih yang Dizakatkan RM


= Jumlah Bahagian A

TOLAK (-)

(Jumlah Bahagian B + Jumlah Bahagian C + Jumlah Bahagian D)


Zakat Wajib Dibayar = Amaun Bahagian E x 2.5%


*Amaun Bahagian E mestilah sekurang-kurangnya sama dengan nisab zakat.

rahsia puasa

allah swt mengurniakan nikmat amat besar kepada seluruh hambaNya. memberi satu amalan yang boleh digunakan untuk menolok tipu daya syaitan yang berusaha untuk mengecewakan angan-angan manusia dan untuk mematahkan segala usaha busuk syaitan,

Allah swt berfirman maksudnya

puasa adalah separuh kesabaran (diriwatkan oleh Tirmidzi dan ibnu majah).

Allah swt berfirman bermaksud

sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahajalah yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira ) az-zumar 10)

rasulullah saw bersabda maksudnya

demi tuhan yang jiwaku dalam kekuasaanNya adalah bau mulut seseorang yang berpuasa iatu adalah lebih harum disisi Allah daripada bau kasturi, Allah swt berfirman (dalam hadis Qudsi: sesungguhnya mereka itu meninggalkan nafsu syahwat, makan dan minum keranaku.sesungguhnya puasa untukku dan aku akan memberikan balasan untuknya ( diriwayatkan oleh bukhari dan muslim)

JOM…..SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN.izz

JOM…..SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN

Org yg busuk hatinya adalah org sering memandang kelemahan & prasangka buruk terhadap teman / sahabatnya tanpa brbuat usaha keinsanan bagi tujuan keimann

Time: 19/10/2009 22:50:42

Sebaik2 iman adalh amal, sebaik2 amal adalh insan, sebaik2 insan yg pemurah, semurah2 sedekah adalh senyuman, sebaik2 senyuman adalh yg menenangkan jiwa

Time: 12/10/2009 22:17:14

Jika hari ini hari trakhir bg 2009, pernahkah kita menghitung amal kebaikan & keburukan kita? Andai ajal menziarahi kita esok hari, sudahkah kita

Time: 13/10/2009 16:46:09

Bila kita diuji dgn kemiskinn, kita mmpu utk brsabar ttp bila kita diuji dgn kesenangn, kita mudah lupa diri & alpa. Biarlh kita hidup dlm kesederhanaan

Time: 11/10/2009 02:29:22

http://izzmus.blogspot.com

ranjau krew

Ranjau kehidupan krew

Cerita ini merupakan suatu luahan dan rententan sejarah kehidupan seorang pendidik yang bernama azman (bukan nama sebenar) dalam mengharungi segala liku-liku kehidupan untuk menjadi pendidik. Kisah ini bermula dari memasuki alam pembejaran untuk melayakkan diri sebagai pendidik. Keseronokan azman untuk menlayakakan diri sebagai guru atau cikgu tidak dapat ditahan lagi.

PADA 1HB JANUARI 2010(jumaat)

Detik-detik sejarah dalam melayakkan diri bergelar guru semakin membuak-buak. Kringggg….krringggg..kring…. kkedengaran telefon azman kedengaran memecah keheningan dan kehngatan pada malam itu, azman melihat dipapar muka telefonnya kelihatan panggilan yang dinanti-nantikan iaitu kawannya yang bernama zahid (bukan nama sebenar), hello..zahid mu wat gapo? Lamo tak dengar berito,mu dapat posting negeri mano?”persoalan azman yang pertama kepada kawannya zahid. Kawannya zahid terkaku sejenak kerana terlampau banyak persoalan yang ditanyakan oleh azman kepadanya dalam satu nafas. Aaakkkuuu sihat..mu tu duk senyap..tak dengar berito..aku buleh kat negeri Pahang…jawab zahid kepada azman. Azman menyapa eh aku sama la posting dengan mu zahid . yoo ko??? Tanya zahid kehairanan. Yoo la tok kan aku nak tipu…azman menyakinkan kata-katanya..alhamdulillah lah kito dapat satu negeri leh pergi sama-sama nanti, jawab zahid. Azman hanya mengangguk kan kepala tanpa disedarinya perbuatannya itu tidak dapat dilihat oleh kawannya zahid.

Azman menanyakan zahid bila dia nak pergi Pahang. Zahid menjawab hari jumaat lepas solat jumaat terus bertolak pergi Pahang. Mmmmm….ok lah aku tumpang mu eteh deh pergi Pahang apa-apa hal aku bagitahu nanti, jawab azman dengan menarik hati yang lega, kerana dia sudah buntu untuk pergi ke Pahang, akhirnya masalahnya sudah beres. Dalam benak kepala azman merangcang untuk melakukan beberapa perkara tentang majlis solat hajat dan tahlil sempena beliau mendapat posting, hal temu janji dengan kekasihnya, hal-hal persiapan barang-barang yang perlu dibawa ke Pahang nanti maklum lah kalau dah pergi ke Pahang bulan februari baru leh balik. Hari khamis pagi azman bertemu kekasihnya untuk sembang-sembang, khamis malam lak buat majlis solat hajat dan tahlil untuk arwah nenek dan datuknya yang telah pergi bertemu ilahi.

Azman tidak dapat tidor pada malam khamis tu kerana mengenangkan apa yang akan terjadi bila ke negeri Pahang nanti. Bemacam-macam persoalan membuntui azman tentang macam ne lah taklimat itu disampaikan, ke mana lah kawasan atau sekolah yang akan ditempatkan, mungkin berpisah dengan kawan-kawan. Lepas solat jumaat azman meminta tolong abang iparnya menghantarnya pergi ke rumah kawannya zahid untuk pergi ke negeri Pahang bersama-sama. Tepat pukul 3 petang azman sampai di rumah zahid sebagaimana yang telah dijanjikan… assalamualaikum zahid.. , azman member salam sebaik sahaja tiba di rumah zahid. Azman, zahid dan abg ipar azman berjabat salam. Azman ingat zahid hanya tunggu dia je untuk pergi ke Pahang rupa-rupanya zahid janji dengan kawan dia sorang lagi yang tinggal di genting, tumpat. Terpaksa lah azman menunggu kawan zahid tu datang kerana kawan zahid tu pun dapat negeri Pahang gak. Lebih kurang dalam 40 minit duk borak-borak, kawan zahid pun tiba menaiki pajero..ayah dia yang hantar ke rumah zahidi.

Lebih kurang dalam pukul 4 petang azman,zahid dan kawan zahid yang bernama zamri (bukan nama sebenar) bertolak ke Pahang. Zahid yang memandu kenderaan

2/1/2010

Mereka bertiga bangun awal-awal dan terus solat subuh berjemaah bersama-sama penduduk disana. Sebelum pergi ke tempat talimat tersebut mereka mengambil kesempatan untuk sarapan dahulu.nanti tak pasal-pasal sakit perut lak. Tepat pukul 8.00 pagi mereka bertiga bertolak ke pusat bahagia teknologi pendidikan di daerah kuantan, Pahang itu. Setibanya mereka disana mereka bertemu ramai kawan-kawan dari segenap pengajian atau maktab malah ada yang sama maktab. Perasaan risau menjagi gembira kerana bertemu dengan ramai kawan yang kenal. Azman menlaporkan diri di meja urusetia dan diikuti zahid dan zamri. Pendaftaran mengikut abjad pangkal nama. Setelah melaporkan diri azman dan rakannya zamri dan zahid dapat tahu bahawa mereka mungkin akan berlainan posting. Sangkaan mereka tepat kerana disurat tersebut tertulis daerah yang tempat posting. Azman melihat perkataan BRA mukanya mula pucat dan risau sambil mulutnya tetanya-tanya BRA tu ape…BRA..orang yang berada disebelahnya menjadi mangsa pertanyaannya. Leh Tanya tak BRA ni ape? Azman bertanya orang sebelahnya. BRA tu BERA.. ooooo….BERA jawab azman so…so aku dapat posting daerah BERA la…jawab azman dalam atinya sendiri. Matanya mula mencari zahid dan zamri kerana ingin tahu mereka dapat daerah mana. Zamri dapat daerah Cameron dan zahid mendapat daerah PEKAN. Alah kita tak sama temapt la posting…sapa azman dengan sedikut kecewa.tapi mereka bertiga dan orang lain yang hadir masih tertanya-tanya apakah nama sekolah untuk mereka. Selepas pengarah pelajaran negeri Pahang menyampaikan ucapan kemudian saat-saat yang dinantikan telah tiba iaitu pengumuman tentang nama sekolah yang akan ditempatkan. Ingatkan orang jabatan pelajaran negeri Pahang nak umumkan nama semua orang rupanya dia panggil wakil je..dua orang wakil setiap daerah dipanggil selebihnya di beri kepada timbalan bahagian guru PPD masing-masing. Baru tahu nama sekolah yang ditempatkan azman orang yang pertama yang disebut oleh wakil PPD untuk menyebut nama sekolah. Ati azman berdebar-debar. azman mendapat sekolah kebangsaan iskandar, timbalan PPD ada menyebut sekolah tersebut adalah merupakan sekolah yang paling hujung atau hulu di daerah BERA, ati azman sedikit risau bermacam-macam yang dia piker. Tetapi belaiu tabahkan ati dan berdoa banyak-banyak kepada ALLAH agar ALLAH membantunya dalam menjalankan tugaskan yang diberikan. Setelah semua selesai dalam pukul 1.00 tengahari semua selesai. Mereka bertiga bersalam-salam dan meminta maaf sebelum berpisah. Maklumlah dapat posting tidak sama daerah sedikit perasaan hiba tersemat dalam hati masing-masing. Tetapi masing-masing berjanji insyaalah akan berjumpa lagi…insyaalah…azman mengambil barangnya dalam kereta zahid, selepas itu azman cepat-cepat menelefon sepupunya yang berada di kuantan untuk bermalam. Dalam beberapa minit kemudian sepupu azman datang dengan kereta Honda city warna hitam. Sepupu azman pun kerja sebagai guru macam azman gak, tetapi be;aiu bertugas di daerah kuantan. Sepupu azman bertanya kepada azman nak pergi sekarang ke..ke sekolah tu? Azman mengaru-garu kepalanya yang tigak gatal. Entah lah ikut lah…. Jawab azman dengan pendek dan pantas.ok lah tumpang bermalam umah mertua ore dulu lah leh Tanya sepupu azman kepada azman.. azman mengangguk-anggukkan kepalanya menandakan tanda setuju… sepupu azman berjanji nak minta tolong suaminya untuk pergi sama mencari sekolah tersebut.oklah jawab azman.

3/1/2010

Tepat pukul 9.00 pagi azman, sepupunya, suami sepupunya dan sepupu kepada suaminya bertolah ke BERA untuk mencari sekolah kebangsaan iskandar. Sepupu kepada suami sepupu azman ni tahu gak la tempat tu kerana beliau pernah bertugas di area sana. Dalam pukul 11.30 tengahari azman sampai ke kawasan yang dituju azman melihat sekeliling kawasan tersebut penuh dengan kawasan felda kelapa sawit dn lading getah je…dalam ati azman membaca mesti sekolah ni dalam felda ni…mesti hulu ni..atinya dan mulutnya mula membaca dan berdoa agar ALLAH selamatkan dan melindunginya. Pukul 12.00 tengahari mereka sampai di sekolah kebngsaan iskandar yang dicari-cari ternyata sekolah tersebut terletak di kawasan pedalaman dalam kawasan felda kelapa sawit. Azman masuk dalam kawasan sekolah sambil matanya melilau-lilau mencari orang dalam kawasan tu. Mereka terus ke bahagia pejabat sekolah tersebut. Mereka berjumpa cikgu yang dikenali cikgu sukri, dan cikgu auwia.cikgu tersebut menyuruh azman melaporkan diri pada esok hari iaitu hari isnin. Cikgu tersebut juga mensyorkan agar azman tinggal bersama staf di sekolah ini yang bernama Rosman (bukan nama sebenar) rosman berkerja sebagai pembantu pejabat atau office boy di sekolah keb iskandar. Beliau juga masih bujang macam azman jugak..lega ati azman mendengar penerangan cikgu tersebut kalau tak jenuh la nak pikir bermalam lak nanti.. setelah berjumpa dengan rosman, rosman bersetuju untuk tinggal bersaman azman. Kemudian sepupu azman dan suaminya hendak berangkat pulang kerana risau nanti lewat sampai lak di kuantan nanti. hati sepupu azman berrasa berat untuk meninggalkan azman di tempat tersebut maklumlah azman tak pernah samapi di tempat tersebut, walaubagaimana pun sepupunya sempat berpesan ati-ati lah berkawan-kawan lah dengan rosman tu nanti lama-lama ok la.. pesan sepupu azman. Azman hanya menjawab ya je.. hatinya sedikit sedih kerana belaiu banyak menyusahkan sepupunya dan perasaan risau masih menyelebungi kepalanya iaitu beliau tidak tahu orang di sini macam mana, murid di sini macam mana dan macam-macam lagi…

4/1/2010 isnin

Tepat pukul 7.30 pagi azman pergi ke sekolah tersebut yang hanya berada dalam 50 meter je dengan rumah kediaman nya iaitu rumah kediaman guru. beliau berjumpa dengan guru-guru dan pembatu kerani. Pembantu kerani member tahu apa yang harus azman lakukan. Hari itu azman sibuk dengan mengurus surat-suart dan dokumen yang di perlukan oleh pembantu kerani sekolah tersebut.

5/1/2010

Jadual waktu mengajar tidak dapat lagi.. tetapi pk1 ada bertanyakan azman bahawa azman leh tak BI dan sains. Lidah azman kelu sekejap, kerana beliau kurang mahir dalam subjek tu… azman menjawab kalau sains buleh lah cikguuuu..pk1 hanya menyenyapkan diri je..

6/1/2010

Macam biasa azman pergi kesekolah seawall pukul 7.30 pagi. Pk 1 memberi jadual mengajar kepada azman. Azman kena mengajar 6 subjek iaitu sains, kajian tempatan, pendidikan jasmani, muzik, pendidikan moral dan pendidikan seni. Sekolah tesebut mempunyai 240 orang murid berdaftar pada tahun ini. Kelas ada dalam 9 kelas sahaja. Zaman kena mengajar 7 kelas daripada 9 kelas tersebut iaitu 2A, 3A,3B,4A, 4B, 6A,6B.


bersammbung.......


sekarang hampir 8 bulan azman bertugas di sekolah masyarakat orang asli di hujung daerah bera.. baru hari sabtu minggu lepas azman mengikuti program famly day bersama-sama guru sekolah tersebut. azman masih ingat tarikhnya iaitu 31-7-2010. kata kawan-kawan seangkatan dengannya itu lah program pertama kali yang diadakan di sekolah tersebut. kerana program famly day sering berlaku masalah yang tidak dapat dielakakan.. mujur dan alhamdullahlah kerana kali ini program tersebut dapat berjalan dengan lancarnya. prorgam tersebut dilaksanakan di hotel dee villaly di melaka. azman merasakan itulah hari yang baik untuk merapatkan hunbungan silaturrahim bersama guru seanggkatan dengannya.

oh lupa nak cerita azman bergaya dengan pergi ke famly day dengan kereta baharunya.itulah masa untuk menenangkan fikiran yang berserabut...

setiap minggu sekiranya ada masa terluang azman sentiasa pergi ke bandar serting atau bahau untuk berjumpa rakannya. kerana di sini beliau bosan kerana tiada apa yang ingin dilakukan..

sekarang azman mula mengubah kedudukan dan dalam bilik komputer agar bilik komputer nampak menarik dan kemas. cuma kadang-kadang banyak perkara azman tidak dapat lakukan kerana itulah pertama kali dia diberi tugas menguruskan makmal komputer. walaupun beliau tidak pandai sangat dalam bidang komputer namun beliau tetap berusaha untuk belajar memajukan diri dalam arena tersebut..kawan-kawan beliau lah banyak membantu dan menolong beliau.

bersambung........

bila ombak menghakis

Apabila ombak menghakis pantai

Oleh AHMAD SHAARI
rencana@kosmo.com.my

Menurut cerita lisan penduduk tempatan, kononnya sumpahan seorang anak yatim piatu telah menukar wajah sawah yang subur menjadi laut. Apakah benar cerita ini?

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0701/Kosmo/Varia/va_01.1.jpg



PEMANDANGAN pada hari semalam amat menarik. Kawasan yang landai dan disulami dengan bongkah-bongkah batu di sepanjang pesisir pantainya begitu menarik perhatian. Bongkah-bongkah batu itu disusun bagi mengekang hakisan ombak. Di sepanjang tebingnya pula, terdapat pohon-pohon rendang menjadikan suasana di situ sentiasa redup dan nyaman.

Itulah Ban Pecah yang terletak dekat Tanjung Piandang, Perak yang menjadi tempat bersantai dan menjamu selera bagi penduduk daerah Krian. Terletak kira-kira lima kilometer dari bandar Parit Buntar, lokasi ini dikunjungi sehingga lewat malam untuk menjamu selera. Menu utama pilihan pengunjung adalah kari ikan sembilang yang tidak asing lagi serta mi udang Tanjung Piandang.

Walaupun pantai itu menerima ratusan pengunjung setiap hari, namun tidak ramai tahu bahawa pada awal tahun 1960-an, kawasan itu adalah hamparan sawah padi yang subur menghijau.

Menurut cerita lisan penduduk tempatan, kononnya sumpahan seorang anak yatim piatu telah menukar wajah sawah yang subur menjadi laut. Apakah benar cerita ini?

Kisah ini tidak pernah dilupai oleh penduduk daerah tersebut dan daerah berdekatan seperti Bandar Baharu, Kedah dan daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Antara individu yang masih mengingati cerita ini ialah Masjuri Anang, 82.

Bekas imam di kampung tersebut memberitahu, kisah tersebut menjadi bualan penduduk kampung ketika itu. Namun, meniti peredaran zaman, kisah itu lenyap sedikit demi sedikit.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0701/Kosmo/Varia/va_01.2.jpg


"Memang benar dahulunya kawasan pantai ini adalah 'lautan sawah' padi yang amat subur iaitu kira-kira 400 hektar luasnya. Ia milik penduduk kampung termasuk dua beradik yang merupakan anak orang berada.

"Hampir dua pertiga tanah sawah itu milik mereka. Sebelum saudara yang sulung meninggal dunia, dia telah meminta adiknya menjaga anaknya dan tanah sawah miliknya.

"Namun, ketika anak-anak itu sedang membesar, bapa saudara mereka telah mengkhianati amanah tersebut. Semua bahagian harta milik si abang tidak diserahkan seperti yang diamanahkan, sebaliknya dibolot oleh si adik," ujar Masjuri.

Ceritanya lagi, untuk menyara hidup, anak yatim yang malang itu terpaksa bekerja keras setiap hari untuk mendapatkan sesuap nasi.

Menurutnya lagi, cakap-cakap masyarakat setempat pada masa itu menyedarkan anak yatim itu bahawa bapa saudara mereka telah mengkhianati amanah ayahnya.

"Dia bertemu bapa saudaranya bertanyakan perkara itu tetapi disangkal dan dihalau keluar.

"Sebelum meninggalkan kampung, anak itu berdoa, 'Ya Allah, jika benar apa yang berlaku ini, engkau tunjukkan balasannya'. Sejak itu, ombak mula mengganas memecah benteng sawah atau ban yang dibina.

"Kawasan bendang dan kebun kelapa bertukar menjadi pantai menyebabkan penduduk kampung cemas.

"Segala usaha dilakukan seperti menambak dan cuba mengalirkan air laut ke dalam kolam, tetapi tidak berkesan sehingga segelintir penduduk kampung menggunakan bomoh dan pawang," ujarnya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0701/Kosmo/Varia/va_01.3.jpg

PENDUDUK kampung mendakwa kawasan pantai ini dahulunya merupakan sawah padi.



Perkara itu diakui oleh seorang lagi penghuni kampung itu, Ahmad Mukri, 72.

"Saya masih ingat lagi penduduk mengorbankan seekor lembu putih atas kehendak pawang. Ketika itu, saya berusia belasan tahun dan lihat sendiri tulang-tulang lembu bertaburan di tepi pantai.

Sementara itu, seorang pemilik gerai, Hassan Mohamad, 46, mengakui pernah melihat objek seperti pintu air ban di tengah-tengah pantai ketika air surut.

"Saya masih dapat melihat pintu air jauh ke tengah laut iaitu kira-kira dua atau tiga kilometer dari pantai.

"Pintu air itu jelas menjadi bukti bahawa kawasan laut sekarang adalah ban satu ketika dahulu," katanya.

Seorang penduduk yang sering bermain di kawasan Ban Pecah ketika usia remaja, Ishak Cik, 62, bagaimanapun mempunyai pandangan berbeza.

Beliau berpendapat, kejadian itu merupakan satu fenomena alam yang berpunca daripada hakisan pantai dan ombak besar yang berlaku sekitar awal tahun 1960-an.

"Saban hari ketika itu, ombak besar melanda kawasan terlibat. Tanah arwah ayah saya seluas 1.61 hektar turut menjadi korban. Apa nak buat, dulu sawah, kini jadi laut. Cuma geran tanah yang tinggal dalam laci," katanya.

Menurut Ishak, akibat hakisan teruk, kerajaan telah menambak pesisir pantai dengan batu sepanjang kira-kira empat kilometer bermula dari Sungai Baru ke Sungai Burung sehingga ke Kampung Nelayan Baru, Tanjung Piandang, Perak.

arkib (bahaya plastik)

ARKIB : 12/05/2009

Bahaya bekas plastik biasa

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

bijak memilih bekas plastik yang ingin digunakan, bakal memberi keuntungan kepada kesihatan.


WANITA memang terdedah dengan pelbagai penyakit, hinggakan jika meminum air dari botol plastik sekalipun boleh menjadi punca kanser payu dara.

Kenyataan ini bukan sengaja diada-adakan tetapi hakikat yang diakui oleh selebriti antarabangsa, Sheryl Crow. Dia mengakui salah satu punca dia mengalami kanser payu dara ialah tabiatnya meminum air mineral yang diletakkan di dalam keretanya. Crow mengatakan demikian ketika tampil dalam satu rancangan bual bicara, Ellen Show tidak lama dahulu.

Pakar perubatan juga bersepakat menyatakan bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik di dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payu dara.

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Profesor Madya Rahmat Awang dari Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia tidak lama dahulu mendapati bahan kimia yang terdapat dari plastik mempunyai kemudaratan.

Beliau berkata, ramai tidak menyedari bahaya plastik serta komponen-komponen kimia yang terkandung di dalamnya.

Walaupun banyak maklumat disebarkan oleh pihak berwajib mengenai kesan kimia yang hadir akibat tindak balas makanan di dalam bahan pembungkusan namun penggunaannya masih berleluasa.

Kebenaran itu memang tidak boleh disangkal, malah penulis juga seringkali membeli makanan di dalam bungkusan plastik. Malah untuk menyimpan makanan di dalam peti sejuk atau bekalan pasti bekas plastik menjadi pilihan.

Sebenarnya banyak alternatif yang boleh kita gunakan selain penggunaan botol atau bekas plastik biasa untuk tujuan menyimpan makanan atau minuman.

Kini telah banyak inovasi plastik. Cuma pengguna perlu bijak memilih bekas yang boleh menghindarkan perkara itu daripada berlaku.

Di atas kesedaran bahawa bekas plastik membahayakan kesihatan, pemilik premis jualan Tupperware, Sahliah Kasmani mengambil inisiatif mengadakan ceramah mengenai bahaya plastik.

"Plastik seperti yang umum ketahui diperbuat daripada pelbagai bahan kimia. Jika kita meletakkan makanan di dalam bekas plastik ini secara tidak langsung akan memberi mudarat apabila dimakan makanan tersebut.

"Bagaimanapun, kesan agak berlainan sekiranya pengguna menggunakan produk keluaran Tupperware.

"Ini kerana Tupperware diperbuat daripada bahan berkualiti yang tidak mengandung racun. Ia selamat digunakan sebagai bekas untuk menyediakan, menghidang dan menyimpan makanan.

"Ia juga memang dikenali sebagai tempat menyimpan makanan untuk tahan lebih lama," ujarnya ketika ditemui dalam majlis pelancaran premis jualan Tupperware di Aman Suria, Kelana Jaya, baru-baru ini.

Sementara itu, pengurus komunikasi pemasaran Tupperware Brands Malaysia, Wong Ee Ling berkata, manusia dan penggunaan plastik memang tidak dapat dipisahkan.

"Sebagai pengguna, kita perlu mengenalpasti tentang jenis plastik yang kita gunakan. Jika arahan kepada plastik tersebut hanya untuk digunakan sekali, maka janganlah kita menggunakannya berkali-kali. Sebab apabila kita tidak mematuhi arahan, sudah tentu ia akan mendatangkan mudarat kepada diri," ujar beliau ketika dihubungi baru-baru ini.

Mengambil contoh bekas minuman, Ee Ling memberitahu, bekas air Tupperware memang telah disahkan oleh badan kesihatan sedunia boleh digunakan berkali-kali, tidak kira dalam suhu panas atau sejuk.

"Walaupun begitu, tidak semua produk Tupperware boleh digunakan dalam ketuhar gelombang. Ini kerana ada bahan kimia yang tidak sesuai dikeluarkan dari bekas yang melalui proses pemanasan gelombang. Untuk penggunaan bekas plastik dalam ketuhar, disarankan menggunakan bekas yang dikhaskan untuk ketuhar gelombang sahaja.

"Terdapat juga pengeluar bekas plastik yang mendakwa bekas plastik mereka selamat, namun tidak sesuai digunakan digunakan di dalam ketuhar, oleh itu pengguna harus berhati-hati dan mendapatkan ilmu serta informasi yang betul tentang penggunaan bekas plastik ini," ujarnya.

Pada majlis tersebut, Sahliah yang telah hampir 20 tahun melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung Tupperware turut mengalu-alukan individu yang ingin mendaftar menjadi ahli dan sekali gus menjadi pengedar.

"Inilah peluang keemasan bagi mereka yang ingin memasuki di alam perniagaan dan sesuai sekali untuk golongan yang telah diberhentikan kerja atau tiada pekerjaan,'' katanya yang mendapat sokongan penuh daripada suami, Abdul Wahid Manan.

Menurutnya, dengan hanya mendaftar sebanyak RM290, ahli akan mendapat kit produk dan boleh menganjurkan parti Tupperware di rumah dengan tunjuk ajar dari pengarah dan ketua organisasi teratas.

"Apa yang penting ialah minat dan semangat, kerana tidak mustahil bagi kita untuk memperolehi jualan sebanyak empat angka sebulan jika kita pandai membina rangkaian dan jualan," ujarnya.

teknik berceramah

Bagaimana untuk berceramah?

http://www.fao.org/wairdocs/af196a/af196a32.JPG

Artikel ini ditujukan kepada rakanku di JAKIM, JAWI, TH,guru-guru dan apa jua jenis profesion anda. Yang penting, tujuannya untuk berceramah terutama ceramah umum atau khas yang telah di tetapkan oleh penganjur. Yang pasti, kuliah dan ceramah adalah dua perkara berlainan.

Bagaimana ingin memulakan teks ceramah?

Yang pertama, pastikan kita dapatkan tajuk dari penganjur ataupun kita yang bebas memilih tajuk. Kita ambil contoh ‘Peranan Ilmu Kepada Manusia’. Nampak mudah tetapi bagi yang tidak pernah berceramah, tentulah ia perkara yang amat berat.

Penulisan Teks Ceramah

Bagaimana seseorang itu boleh bercakap 2 jam tanpa rasa letih ataupun tanpa menjemukan pendengar-pendengar? Mestilah ceramah tersebut penuh dengan isi ditambah pula dengan isi yang dapat menarik pendengar tersebut seperti isu-isu terbaru, perkara yang sudah menjadi budaya dan sebagainya. Ini terpulang kepada kebijaksanaan penceramah itu sendiri.

Mari kita tulis lakaran teks ceramah. Hanya memerlukan kertas A4 yang di lipat empat ataupun buku nota kecil (jangan guna buku 555, low class!)

TAJUK: Peranan Ilmu Kepada Manusia

MASA : 1 jam

PENDENGAR : Penduduk Kg Aman Sentosa

Kita perlu bahagikan kepada 3 perkara :

1-PENDAHULUAN (10 min)

2-ISI (40 min)

3-PENUTUP (10 min)

Oleh kerana sejam 60 minit maka 3 perkara di atas hanya memerlukan pembahagian minit untuk anda berceramah setiap perkara tersebut.

Contoh PENDAHULUAN :

Pembukaan dengan kalimah tauhid – spt Asyhadualla la ilaha illa Allah.. (3 min)

Takrif Ilmu – ringkas (3 min)

Pembahagian ilmu kepada baik dan buruk (4 min)

Jika dirujuk dari isi pendahuluan di atas maka anda sudah nampak apakah isi yang perlukan anda beri penekanan. Ini terpulang kepada bahasa anda, samada anda menggunakan audien untuk soal jawab seperti “Siapa boleh beritahu ustaz, ilmu itu terbahagi kepada berapa bahagian..??”

PERINGATAN : Anda Hendaklah Berdisiplin Mematuhi Masa Yang Anda Sendiri Tetapkan Supaya Tidak Terkurang. Jika Terlebih, Itu Bonus Buat Anda.

Mari kita lihat teks ISI pula :

Contoh ISI ‘Peranan Ilmu..’ :

1-kenal pencipta ( 10 min)

1.1 ilmu tauhid – kenal siapa tuhan (5 min) – beza dengan orang bukan islam

1.2 pelbagai ilmu ada manfaatnya (5 min) – ilmu perubatan ada faedah, ilmu falak ada faedah.

2-selamat dari kekufuran ( 10 min)

2.1 tahu membezakan yang mana iman atau kufur – cthnya ilmu sihir (5 min)

2.2 menjauhkan perkara yang boleh menjatuhkan akidah – cthnya dengan ilmu, kita tahu mana yang patut dijauhi seperti menghina Rasulullah (5 min)

3. Allah beri kemudahan penuntut ilmu (20 min)

3.1 penuntut ilmu di doakan oleh segenap makhluk Allah (5 min) – hadis

3.2 penuntut ilmu di mendapat darjat yang tertinggi (5 min) – alQuran

3.3 penuntut ilmu di kenang sepanjang zaman (5 min) –

3.4 penuntut ilmu yang mengajar (5 min) – amal jariah yang besar

Oleh itu, masa untuk ISI adalah 40 minit.

Akhirnya kita lihat PENUTUP :

Kesimpulan tajuk ilmu (5 min)

Doa – semoga menjadi orang yang berilmu (5 min)

http://aljazeeratalk.net/upload/1/1174868358.jpg

Sudah selesai! Anda akan dapati masa di atas nampak sudah menjadi singkat. Dan, siapa yang telah biasa buat cara begini masanya sentiasa di penuhi dengan ceramah dan ditambah pula jika isi menarik.

Bagaimana pula memasukkan ayat alQuran dan hadith?

Biasanya, penceramah hendaklah terlebih dahulu menghafaz ayat atau matan hadith demi memudahkan dan melancarkan isi tersebut. Jika tidak pun, catatkan di hujung kertas tersebut agar ia semakin kuat di ingatan kita.

Berjumpa di SIRI 2..

Posted in Tutorial