"Segala kesulitan dan permasalahan yang berlaku ada penyelesaiannya,kita sebagai manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan,mencari seberapa banyak iilmu yang mungkin digalakan dalam Islam," "tuntutlah ilmu dari buaian hinggalah ke liang lahad"...izzmus122...
HIKMAH BERPUASA
sebenarnya bagi orang-orang yang tahu nilai dan kebaikan puasa itu memang banyak.
Diantara kebaikan-kebaikan puasa utnutk kesihatan ialah:
1. Puasa memberi Kesegar kepada fisikal dan mental seseorang.
2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau tosik dalam darah manusia.
3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat, segar dan bertenaga.
4. Puasa akan memanjangkan umur anda
5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa
6. Puasa akan membantu menhakiskan keracunan yang berada dalam tubuh badan manusia.
7. Puasa akan memberi keimbangan dalam darah.
8. Bilamana darah kita terlampau asam / asid, bila berpuasa semua asid akan detox an darah akan kembali alkali.
9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi
10. Puasa boleh menurunkan berat badan
11. Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan
12. Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata
13.
Penemuan Terbaru Dalam Abad Millinium
Dalam penyelidikan yang kami lakukan di kolej kami dapati penemuan yang tercanggih dalam alaf baru tahun 2000 ini ialah 'Hikmah-Hikmah Berpuasa'
Satu kaedah yang paling sempurna dan paling mustajab untuk mengimbangi kesihatan tubuh badan manusia dan untuk menghindari dari segala macam penyakit ialah melalui berpuasa, sama ada berpuasa dibulam Ramadan atau berpuasa sunnat pada hari Isnin dan Khamis.
Bilamana anda telah berpuasa pada waktu tersebut anda telah dapat membantu diri anda kearaha kesihatan total, baik kesihatan fisikal, mahupun mental. Puasa boleh memanjangkan umur anda dan membuat anda muda sepanjang waktu.
Selamat Berpuasa
Kursus-Kursus Anjuran Kolej kami ialah:-
* Pengajian Tahfiz Al-Quran
* Kursus Perubatan Homeopathy
( Part Part / Full Time )
* Kursus Perubatan Akupunktur China
( Short Courses / Regular Courses)
* Kursus Bekam / Cupping
* Kursus Reflexology
Sesiapa yang berminat boleh memohon terus dari kolej kami seperti alamat diatas.
Our E mail & Web Site
http://www.nikomar.com
E-mail
http://www.nikomar.com
Selamat berpuasa& selamat beribadat
KEPENTINGAN IBADAH PUASA
Assalamu'alaikum wrh.
Ibadah puasa adalah termasuk dalam rukun Islam. Ini bermakna puasa termasuk ibadah yang terpokok. Yang menjadi perkara asas untuk membina peribadi Muslim. Apa yang ada pada puasa hingga dipilih ALLAH untuk masuk senarai rukun Islam? Mula-mula orang yang ingin pada Islam disuruh buat pengakuan dan kesaksian keyakinannya pada ALLAH dan Rasul: "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH."
Pengakuan ini kemudian disuruh buktikan melalui sembahyang. Berbagai ikrar, janji dan harapan kita bisikkan kepada ALLAH sewaktu sembahyang demi membuktikan kita taat tunduk (rukuk dan sujud) kepada-Nya. Menyatakan kerelaan fizikal dan mental kita menyerah diri kepada ALLAH. Menajamkan rasa
kehambaan di dalam hati dan menyuburkan rasa berTuhan di dalam jiwa.
Ibadah puasa jatuh nombor ketiga iaitu selepas ibadah sembahyang. Maksudnya, selepas membuat pengakuan taat setia, maka kita diuji dengan suatu perintah aneh iaitu puasa. Kita tidak dibenarkan makan disiang hari selama sebulan sekalipun lapar dan makanan ada dihadapan mata. Ertinya ALLAH mahu mendidik kita untuk
susah, berletih lesu, menahan keinginan pada sesuatu sekalipun ia ada di hadapan mata. Bukankah itu aneh? Orang yang jahil dan kurang faham akan menganggap ia
sebagai suatu penyiksaan dan bebanan lantaran itu berlalunya Ramadhan disambut dengan riang. Apa sebenarnya yang ALLAH kehendaki dari puasa?
Menahan keinginan terhadap sesuatu yang kita ingini adalah sesuatu yang perlu dan penting. Istilah kecewa atau frust lahir dari seseorang yang tidak dapat
menahan hati dari keinginan yang tidak tercapai. Dan kecewa adalah penyakit lumrah dalam masyarakat kini. Terkadang penyakit kecewa boleh membawa manusia kepada pelbagai lagi penyakit-penyakit jiwa yang lain.
Dan ini akan terus berlaku sebab kehidupan manusia selalunya terlalu banyak keinginan-keinginan yang tidak tercapai. Walau betapa bijak, kaya dan berkuasa
seseorang itu, dia tentu tidak dapat menolak taqdir ALLAH. ALLAH sudah tentukan bahawa tiap manusia itu akan diuji.
Tidak tahu sabar adalah suatu kekurangan yang merbahaya. Terlalu banyak perkara di dalam kehidupan yang meminta agar kita dapat berlaku sabar. Di dalam
menunaikan perintah-perintah ALLAH, di dalam menghadapi musibah dan kesabaran yang paling utama adalah bersabar di dalam meninggalkan
larangan-larangan ALLAH lahir dan bathin.
Imam Bukhari ketika bermunajat dengan ALLAH berbisik-bisik:- "Bukan aku tidak sabar dengan ujian-Mu ya ALLAH, cuma hendak mengadu pada Mu, tempat aku kembali nanti. Memohon ketenangan, keampunan dan mutmainnah."
Begitulah seharusnya hati orang Mukmin tatkala berhadapan dengan persoalan hidup. Mereka tunduk dan patuh kepada kehendak ALLAH kerana merasakan
segala-gala yang berlaku adalah dengan keizinan dan kemahuan ALLAH. Malah mereka memuji-muji ALLAH kerana Maha Bijaksana dan Maha Adil-Nya melakukan kejadian itu. Kalau ujian berupa nikmat, mereka bersyukur bersama airmata kesyukuran dan kalau berupa kesusahan, mereka bersabar dan redha bersama airmata kesabaran.
UNTUK TUJUAN INILAH PUASA ITU DIPERINTAHKAN. ALLAH TENTUKAN KEHIDUPAN DI DUNIA ADALAH PERGILIRAN NIKMAT
DAN UJIAN. DAN KEBAHAGIAAN SEBENAR IALAH PADA MEREKA YANG BOLEH BERSYUKUR DAN BERSABAR. SEBAB ITU ALLAH
MAHU DIDIK MANUSIA KE ARAH ITU.
Bila kita berpuasa bererti kita mengajak diri kita bersabar terhadap keinginan kerana ALLAH, bukan kerana lain-lain. Dan kalau ini dilatih, dibiasakan selama
sebulan, ertinya kita membuat latihan jiwa untuk bersabar, untuk patuh menanggung kesusahan kerana
ALLAH.
Jiwa yang apabila berhadapan dengan kejadian yang malang, kecewa, hampa, susah dan kegagalan akan tunduk dan sabar dengan ALLAH, kerana ALLAH. Kita boleh berikhtiar untuk elakkan kemalangan itu tapi bukan dengan hati yang panas, marah-marah dan memberontak. Sebaliknya kesabaran menghadapi ujian semakin meningkatkan rasa kehambaan di dalam hati kerana merasakan lemahnya dia untuk menolak taqdir dan kuasa ALLAH. Inilah jiwa yang tenang.
Seseorang yang merasakan puasanya selama ini tidak membuatkan jiwanya mahu bersabar dengan keinginan yang tidak tercapai, kesusahan dan kegagalan, samalah dengan orang yang tidak berpuasa. Maka kalau puasa tidak membuahkan akhlak yang mulia dengan ALLAH dan sesama manusia, maka jadilah puasa itu sepertimana sabda Rasulullah; "Tidaklah diperolehi apa-apa dari puasa itu melainkan hanya lapar dan dahaga."
Kita berlindung dengan ALLAH daripada kerugian demikian.
DITULIS OLEH
Fadzila Azni @ Sukainah At Thahirah Ahmad
Saturday, August 21, 2010
zakat emas dan perak
Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.
"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu" (Surah At-Taubah: 34-35) |
"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka". (Hadis riwayat Abu Hurairah) |
KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS & PERAK
- Emas Perhiasan Wanita
- Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram
- Contoh:
(Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125
- Emas Yang Disimpan
- Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
- Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram
- Contoh:
Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112
- Perak
- Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
- Contoh:
800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18
Tuesday, August 3, 2010
menghalau makhluk halus
2010/08/03
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: “Usah layan permintaan jin kafir jika dilayan keadaan jadi semakin buruk,” kata penceramah bebas, Hassan Mahmud al-Hafiz ketika mengulas mengenai seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Desa Petaling diserang histeria disyaki dirasuk makhluk halus.
Menurutnya, tindakan terbaik memberi amaran kepada jin terbabit supaya keluar dari tubuh badan mangsa dengan meletakkan dua ibu jari ke leher mangsa dan menekan dengan kuat.
Katanya, terdapat tiga langkah menekan bagi menghalau jin terbabit iaitu dengan kadar biasa, tinggi dan paling tinggi jika jin terbabit masih berdegil untuk keluar.
“Langkah lain yang boleh digunakan adalah mengambil lada hitam dan diletakkan di kuku kaki mangsa kemudian tekan dengan kuat sehingga jin itu keluar,“ katanya.
dari berita harian metro 3.8.2010
teknik jawab soalan sains upsr
Teknik Menjawab Soalan Sains UPSR
1. Baca soalan dengan teliti sebanyak 2 kali
2. Analisa Jadual / Gambarajah / Graf
2.1 Kaji fakta di dalam jadual
2.2 Rangsangan pada gambarajah
2.3 Tafsir graf (banding beza)
3. Elakkan jawapan dengan ayat yang panjang atau
kenyataan umum.
4. Gunakan maklumat / rangsangan yang diberikan dalam
soalan.
5. Gunakan laras bahasa yang sesuai, tepat, dan ringkas.
6. Gunakan bahasa / istilah saintifik.
7. Jawapan mesti menepati konsep sains.
8. Anggaplah pemeriksa tidak tahu tentang sains.
9. Ingat, terdapat jawapan di dalam soalan.
10. Jangan banyak membuang masa pada soalan yang susah.
11. Sikap mesti positif, sentiasa semak soalan / jawapan.
12. Agihan masa Bahagian A (45 minit) dan Bahagian B
(30 minit)
13. Banyakkan latihan menjawab soalan mengikut masa
sebenar.
Pemarkahan
Bahagian A
Lulus
Gagal
15-30
0-14
Daripada 30 soalan
Bahagian B
A
B
C
Gagal
15-20
10-14
5-9
0-4
Daripada 20 markah
Terdiri daripada 30 soalan
aneka pilihan.
Pelajar perlu betul
sekurang-kurangnya 15
soalan untuk layak lulus.
Peratus 30 soalan betul
ialah 60%.
Bagi setiap soalan,
hitamkan satu ruang
sahaja pada kertas
jawapan.
Masa 45 minit.
Jenis soalan:
# aneka pilihan.
# aneka pelengkap. Terdiri daripada 4 atau 5
soalan struktur.
Pelajar perlu markah:
5-9 untuk lulus C,
10-14 untuk lulus B,
15-20 untuk lulus A.
Pelajar perlu menjawab
di dalam ruang kertas
soalan.
Masa 30 minit.
4 kemahiran proses sains:
# membuat inferens
# membuat hipotesis
# membuat ramalan
# mentafsir maklumat
JADUAL ANALISIS SOALAN UPSR
Bahagian A
Bidang
Menyiasat
Alam Kehidupan
Alam Fizikal
Alam Bahan
Bumi & Alam Semesta
Dunia Teknologi
Jumlah
Jumlah Keseluruhan
Tahun 1997
4
5
6
2
2
-
4
2
2
2
5
1
1
3
3
2
-
1
11
12
7
30
Tahun 1998
4
5
6
4
3
1
-
5
1
-
4
2
1
4
2
2
-
1
7
16
7
30
Tahun 1999
4
5
6
3
1
1
2
4
3
-
6
-
1
3
1
1
1
3
7
15
8
30
Tahun 2000
4
5
6
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
-
Cuba ramal...
Bahagian B
Kemahiran
Proses Sains
Membuat inferens
Membuat hipotesis
Meramal
Mentafsir maklumat
Mengawal pembolehubah
Berfikir
Soalan 1997
# 1
# 2
# 3
# 4
a
a,b
-
-
-
-
-
b,c
b
-
-
d
-
-
a,b,c,d
a
-
-
-
a
c
c
-
-
Soalan 1998
# 1
# 2
# 3
# 4
# 5
a,b
b
-
-
-
-
-
a,d,e
-
-
-
e
c
d
-
-
a
-
-
-
-
c
b
a
a
-
d
-
b,c
-
Soalan 1999
# 1
# 2
# 3
# 4
# 5
a,b
-
-
a
-
-
e
c
b
-
-
b
a
-
a
-
a
-
-
-
-
d
b
c
c
-
c
b,d
-
b
Soalan 2000
# 1
# 2
# 3
# 4
# 5
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
soalan sains
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 1
SULIT
Sains
Set 1/2001
1 ¼Jam
KERTAS MODEL
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN 2001
SAINS
Satu jam lima belas minit
Arahan Am:
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Bahagian A ada 30 soalan. Jawab semua soalan.
3. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada Kertas Jawapan Bahagian A.
4. Bagi satu soalan hitamkan satu ruangan sahaja.
5. Bahagian B ada 4 soalan. Jawab semua soalan.
6. Jawab dengan menulis jawapan kamu dalam ruangan yang disediakan.
Nama: Kelas :
Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 2
BAHAGIAN A
[30 markah]
Jawab semua soalan.
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.
Antaranya ada satu sahaja jawapan yang betul atau terbaik. Pilih jawapan yang
betul itu. Kemudian, pada kertas jawapan kamu, hitamkan ruangan yang
mempunyai huruf yang sama dengan pilihan jawapan yang telah kamu pilih itu.
Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 45 minit. Sekiranya kamu tidak
dapat menjawab sesuatu soalan, teruskan menjawab soalan yang berikutnya.
Rajah 1
1 Rajah 1 menunjukkan sejenis biji benih yang mempunyai duri pendek yang
keras. Apakah tujuan duri itu?
A menghalang haiwan lain daripada memakannya
B melekat pada badan haiwan untuk tujuan penyebaran
C menarik perhatian haiwan lain
D dapat disebarkan angin
2 Ahmad mengkelaskan penyu, burung penguin, dan singa laut dalam
kumpulan yang sama. Antara jawapan di bawah, yang manakah
membolehkan ketiga-tiga jenis haiwan itu dikelaskan dalam kumpulan yang
sama?
I Ketiga-tiga haiwan boleh hidup di darat dan air.
II Ketiga-tiga haiwan mempunyai kulit yang sama.
III Ketiga-tiga haiwan biasanya tinggal di kawasan laut.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I dan III sahaja
D I, II, dan III
Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 3
Rajah 2
3 Rajah 2 menunjukkan sejenis buah yang mempunyai biji yang sangat
banyak. Tumbuhan ini memerlukan ciri buah yang begitu kerana…
A mahu menarik perhatian haiwan.
B mengurangkan persaingan dengan tumbuhan lain.
C tidak semua bijinya akan tumbuh menjadi pokok baru.
D penyebaran benihnya dibantu oleh haiwan.
4 Antara yang berikut, yang manakah kesan wujudnya daya geseran?
I memperlahankan gerakan objek
II menyebabkan permukaan haus
III memulakan gerakan sesuatu objek
IV menghalang gelinciran
A I sahaja
B II sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, II, III, dan IV
Mempunyai
isi padu
tetap
Tidak
mempunyai
bentuk tetap
Rajah 3
5 Antara bahan berikut, yang manakah tergolong dalam kawasan berlorek?
A karbon dioksida
B madu
C plastisin
D ais
Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 4
6 Antara yang berikut, yang manakah berlaku ketika kita menyedut nafas?
I Udara disedut ke dalam peparu.
II Dada kita akan mengembang.
III Udara diedarkan ke seluruh badan melalui darah.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III
7 Sebelum enjin dicipta, layar sangat penting bagi sesebuah kapal. Antara
pengetahuan sains yang berikut, yang manakah menyebabkan layar dicipta?
A Objek ringan terapung di dalam air.
B Angin menghasilkan daya tolakan.
C Kain mudah menyerap air.
D Bumi mempunyai daya tarikan graviti.
bumi
A
B
C
D
cahaya
matahari
Rajah 4
8 Rajah 4 menunjukkan kedudukan Bulan pada masa-masa tertentu. Antara
A, B, C dan D, yang manakah kedudukan untuk bulan purnama?
Hari Ketinggian (cm)
1 2
2 4
3 6
4 10
Jadual 1
Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 5
9 Jadual 1 menunjukkan perubahan ketinggian anak pokok dalam tempoh
empat hari. Jadual ini menunjukkan anak pokok...
A bergerak balas.
B tumbuh dengan baik.
C mendapat air yang cukup.
D tidak menghadapi persaingan.
pembuka tin
tin
Rajah 5
10 Osman menggunakan pembuka tin seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5.
Mesin ringkas yang terlibat ialah…
A tuas sahaja
B baji sahaja
C tuas dan Baji
D tuas, baji, dan gear
Tikus hidup
air
Tikus mati
air
Makanan
Rajah 6
11 Rajah 6 menunjukkan seekor tikus dimasukkan ke dalam sebuah serkup
kaca yang kedap udara. Selepas seketika, didapati tikus mati dan ada
titisan air pada dinding serkup kaca. Antara inferens berikut yang manakah
TIDAK benar?
A cuaca terlalu sejuk
B makanan dan air sahaja tidak cukup untuk tikus terus hidup
C tikus membebaskan wap air semasa pernafasan
D tikus memerlukan udara untuk terus hidup
Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 6
Rajah 7
12 Berdasarkan Rajah 7 pakaian yang dipakai oleh orang Eskimo diperbuat
daripada…
A bulu kambing biri-biri.
B bulu burung kasuari.
C bulu burung kambing gurun.
D bulu ayam belanda.
13 Satu permukaan kolam ditutupi daun teratai. Keadaan ini akan
menyebabkan tumbuhan bawah permukaan air mati kerana...
A tidak mendapat udara.
B tidak mendapat cahaya matahari.
C sukar menyebarkan benihnya.
D mudah dimakan oleh hidupan lain.
?
Rajah 8
14 Berdasarkan Rajah 8, fasa bulan yang seterusnya ialah…
A
B
C
D
Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 7
15 Spesies haiwan X menghadapi persaingan yang hebat daripada spesies
haiwan yang lebih kuat untuk mendapatkan makanan dan tempat tinggal.
Antara langkah yang berikut, yang manakah paling baik untuk menjamin
kemandirian spesiesnya?
A terus melawan sehingga mati
B mengubah jenis bahan makanannya
C berpindah ke kawasan baru
D berkongsi bahan makanan dengan haiwan lain
16 Antara litar berikut, yang manakah membolehkan mentol menyala?
A
B
C
D
17 Mengapakah cendawan tidak digolongkan sebagai pengeluar dalam rantai
makanan dan siratan makanan?
A cendawan bukan sejenis tumbuhan
B cendawan hidup secara menumpang
C cendawan tidak menjalankan proses fotosintesis
D cendawan menghasilkan spora
Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 8
18 Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan pembiasan cahaya
dengan betul?
blok
kaca
A
blok
kaca
B
blok
kaca
C
blok
kaca
D
Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 9
cm
0 1 2 3
Rajah 9
19 Rajah 9 menunjukkan panjang sebatang paku besi. Apakah panjang bagi 8
batang paku besi yang mempunyai saiz yang sama?
A 25.6 mm
B 256 mm
C 2.56 mm
D 256 cm
Rajah 10
20 Rajah 10 menunjukkan pelbagai bentuk belon yang diperhatikan oleh Mazni
di sebuah gerai. Daripada pemerhatian itu, dia membuat kesimpulan
bahawa...
A udara memenuhi ruang.
B udara tidak mempunyai bentuk yang tetap.
C bentuk udara boleh diubah-ubah.
D udara mempunyai isi padu yang tidak tetap.
21 Antara fenomena yang berikut, yang manakah boleh digunakan untuk
menyukat masa?
A kemunculan meteor di langit
B kejadian gerhana matahari dan gerhana bulan
C terbit dan terbenamnya matahari
D pertumbuhan anak pokok
Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 10
22 Menara yang berbentuk silinder didapati lebih stabil daripada menara yang
berbentuk kubus. Keadaan ini disebabkan menara berbentuk silinder...
A mengurangkan kesan tolakan angin.
B mempunyai tapak yang lebih luas.
C menggunakan bahan yang lebih berat.
D tidak mudah mengalami gegaran
23 Sekumpulan murid mahu melihat kesan persaingan antara tumbuhan.
Antara langkah-langkah berikut, yang manakah TIDAK wajar dilakukan?
A Tanam lima anak pokok dalam satu pasu dan satu anak pokok dalam
pasu lain.
B Siram kedua-dua pasu dengan jumlah air yang sama banyak.
C Letakkan kedua-dua pasu di tempat yang berlainan.
D Catatkan ketinggian dan saiz batang anak pokok setiap hari.
24 Rajan memanaskan sekeping duit syiling dan kemudian memasukkannya ke
dalam bikar berisi air pili. Antara yang berikut, yang manakah akan berlaku?
I Saiz duit syiling mengecut kepada saiz asal
II Sebahagian air di dalam bikar berubah menjadi wap air
III Duit syiling kehilangan haba
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III
P Q
Rajah 11
25 Rajah 11 menunjukkan dua jenis cawan P dan Q yang mempunyai luas
tapak yang sama, tetapi cawan Q adalah lebih stabil daripada cawan P. Hal
ini mungkin kerana…
A cawan Q adalah lebih berat daripada cawan P.
B pusat graviti cawan Q adalah lebih rendah daripada cawan P.
C cawan P adalah lebih mahal daripada cawan Q.
D cawan P berkaki panjang.
Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 11
Rajah 12
26 Rajah 12 menunjukkan satu alat rekaan manusia. Apakah fungsi alat ini?
A melihat objek yang sangat seni
B melihat objek yang sangat jauh
C memperhatikan bintang-bintang di langit
D menyukat tekanan darah manusia
air-cond P
R
Q
S
Rajah 13
27 Antara alat P, Q, R, dan S dalam Rajah 13, yang manakah menyebabkan
fenomena penipisan lapisan ozon?
A P
B Q
C P dan R
D Q dan S
Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 12
L
M
Rajah 14
28 Rajah 14 menunjukkan satu kuali. Antara yang berikut, yang manakah
BENAR tentang bahan yang digunakan untuk membuat bahagian yang
berlabel L dan M?
L M
A besi kaca
B kaca kayu
C besi kayu
D plastik besi
29 Roda beralur pada takal memudahkan kita melakukan kerja dengan cara
mengurangkan...
A berat beban.
B kesan tarikan graviti Bumi.
C kerja yang perlu dilakukan.
D kesan daya geseran.
30 Sistem komunikasi tanpa wayar yang pertama telah dicipta oleh...
A Alexander Graham Bell.
B Guglielmo Marconi.
C Samuel F. B. Morse.
D Orville Wright.
Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 13
BAHAGIAN B
(20 markah)
Jawab semua soalan.
Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit.
paku
magnet
Rajah 1
1 Aziz menggosok sebatang paku dengan magnet beberapa kali seperti pada
Rajah 1. Kemudian dia melalukan paku itu di atas longgokan jarum peniti.
Dia mendapati beberapa batang jarum peniti melekat pada paku.
(a) Apakah inferens yang boleh kamu buat?
………………………………………………………………………………..
[1 markah]
(b) Berikan rumusan kamu bagi setiap pernyataan berikut:
(i) Selepas beberapa ketika, paku itu didapati tidak lagi dapat menarik
jarum peniti.
………………………………………………………………………..
(ii) Aziz melakukan langkah yang sama kepada pembaris plastik tetapi
mendapati pembaris plastik tidak dapat menarik jarum peniti.
……………………………………………………………………………………
[2 markah]
(c) Pada pendapat kamu, apakah yang perlu dilakukan untuk menjadikan
paku sebagai magnet dengan lebih lama?
…………………………………………………………………………………..
[1 markah]
Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 14
pokok keembung
ada cahaya Matahari
A B
tiada cahaya Matahari
bekas
tanah lembab
Rajah 2
2 Rajah 2 menunjukkan satu eksperimen dengan pokok keembung A
diletakkan di bawah cahaya matahari manakala pokok keembung B pula
diletakkan di dalam kotak hitam. Selepas tiga hari, pokok keembung B
didapati layu.
(a) Berikan inferens yang boleh dibuat berdasarkan pemerhatian dalam
Rajah 2.
……………………………………………………………………………..
[1 markah]
(b) Nyatakan pemboleh ubah yang dimalarkan dalam eksperimen di atas
……………………………………………………………………………..
[1 markah]
(c)
(i) Ramalkan apa yang akan berlaku jika pokok keembung B dalam kotak
hitam itu dibiarkan selama satu minggu.
…………………………………………………………………………..
[1 markah]
(ii) Jelaskan jawapan kamu di soalan (c) i.
…………………………………………………………………………..
[1 markah]
(d) Nyatakan SATU cara yang boleh dilakukan supaya pokok keembung B
boleh terus hidup tanpa mengeluarkannya daripada kotak hitam.
……………………………………………………………………………..
[1 markah]
Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 15
Litar X Litar Y
Rajah 3
3 Pemerhatian: Nyala mentol pada litar Y lebih cerah daripada mentol pada
litar X.
Rajah 3 menunjukkan maklumat daripada penyiasatan yang dijalankan oleh
seorang murid.
(a) Tuliskan SATU inferens daripada pemerhatian tersebut.
……………………………………………………………………………….
[1 markah]
(b) Apakah pemboleh ubah yang dimanipulasi dalam penyiasatan ini?
………………………………………………………………………………..
[1 markah]
(c) Selain jumlah sel kering, pada pendapat kamu apakah faktor lain yang
boleh mempengaruhi kecerahan nyala mentol di dalam litar?
…………………………………………………………………………………
[1 markah]
Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 16
lampu
suluh
kadbod
skrin
Rajah 4
4 Sekumpulan pelajar telah menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji
kesan jarak antara kadbod dan sumber cahaya ke atas saiz bayang-bayang
yang terbentuk. Susunan radas yang digunakan ditunjukkan dalam Rajah 4.
(a) Berikan inferens tentang pembentukan bayang-bayang kadbod pada
skrin.
…………………………………………………………………………………..
[1 markah]
(b) Nyatakan DUA pemboleh ubah yang perlu dikenal pasti dalam
eksperimen itu.
(i) ……………………………………………………………………………….
(ii) ……………………………………………………………………………….
[ 2 markah]
(c) Cadangkan SATU cara untuk mengukur saiz bayang-bayang.
………………………………………………………………………………….
[1 markah]
Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 17
pasu bunga
sudu
pinggan
Rajah 5
5 Rajah 5 menunjukkan barangan tembikar yang digunakan dalam
kehidupan harian.
(a) Nyatakan bahan mentah yang digunakan untuk membuat barangan
tembikar seperti yang ditunjukkan di atas.
……………………………………………………………………………………
[1 markah]
(b) Pinggan pada Rajah 5 dijatuhkan ke atas lantai lalu pecah. Apakah
inferens yang boleh kamu buat berdasarkan pernyataan ini.
…………………………………………………………………………………….
[1 markah]
(c) Berikan SATU kelebihan sudu dalam Rajah 5 berbanding dengan sudu
plastik.
……………………………………………………………………………………
[1 markah]
(d) Ramalkan apa yang akan terjadi jika satu sudu plastik dibakar.
…………………………………………………………………………………….
[1 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 18
JAWAPAN MODEL: SET 1/2001
Bahagian A
1. B
2. C
3. C
4. C
5. B
6. A
7. B
8. C
9. B
10.C
11.A
12.A
13.B
14.D
15.C
16.D
17.C
18.D
19.B
20.B
21. C
22. A
23. C
24. B
25. B
26. A
27. C
28. C
29. D
30. B
Bahagian B
1. a. Paku menjadi magnet apabila digosok dengan magnet
beberapakali
i. Magnet yang dihasilkan dengan menggosok bahan magnet
dengan magnet adalah bersifat sementara.
b.
ii. Magnet hanya dapat dihasilkan dengan menggosokkan bahan
magnet dengan magnet.
c. Paku digosok berkali-kali dengan magnet atau gunakan magnet
yang lebih kuat untuk menggosok paku.
2. a. Pokok keembong B didapati layu kerana tidak mendapat cahaya
matahari. Pokok keembong A subur kerana mendapat cahaya
matahari yang mencukupi.
b. Jenis pasu bunga/saiz pasu bunga/jenis tumbuhan/saiz tumbuhan.
c. i. Pokok keembong B akan mati kerana tidak mendapat cahaya
matahari utnuk menjalankan fotosintesis.
Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 19
ii. Pokok keembong B akan mati kerana tidak mendapat cahaya
matahari untuk menjalankan proses fotosintesis.
d. Buatkan satu lubang yang besar supaya cahaya matahari dapat
memasuki kotak hitam.
3. a. Jumlah tenaga/arus elektrik pada litar Y lebih tinggi daripada litar X
kerana terdapat lebih banyak sel kering di dalam litar Y.
b. Jumlah sel kering.
c. Keadaan sel kering, iaitu sama ada masih baru digunakan atau
telah lama digunakan.
4. a. Cahaya tidak dapat menembusi kadbod yang legap.
b. i. Jarak antara kadbod dengan lampu suluh.
ii. Saiz bayang-bayang.
c. Mengukur diameter bayang-bayang pada skrin dengan pembaris.
5. a. tanah liat
b. pinggan pecah kerana bersifat rapuh
c. tahan panas
d. sudu plastik menjadi cair
kesihatan
1- Rokok – membazir wang, badan menjadi lemah dan tidak cergas, sesak nafas, gigi nafas, gigi rosak, sakit jantung, kanser paru-paru.
2- Alkohol- mabuk, kemalangan, salah laku jenayah, mati
3- Dadah- gam,candu, heroin, morfen,candu.
Saturday, February 27, 2010
mutiara kata
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sunday, January 24, 2010
laknat ALLAH pada ABU LAHAB
ARKIB : 08/05/2009
Laknat Allah ke atas Abu Lahab
ABU Lahab ialah bapa saudara kepada Nabi Muhammad, adik-beradik bapa baginda, iaitu Abdullah. Nama Abu Lahab yang sebenar ialah Abdul Uzza.Uzza adalah nama sebuah berhala yang disembah oleh orang-orang kafir Quraisy. Ia merupakan berhala yang masyhur di Mekah.
Nama isteri Abu Lahab ialah Arwa. Dia digelar Ummu Jamil yang bermaksud ibu daripada kecantikan. Isteri Abu Lahab juga membenci Rasulullah. Dia selalu mencerca dan menghina Rasulullah. Dia juga pernah meletakkan duri di atas jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah.
Hubungan Rasulullah dengan Abu Lahab, sebelum kedatangan Islam amat baik seperti bapa saudaranya yang lain. Ketika Rasulullah lahir, Abu Lahab gembira kerana anak saudaranya itu bagaikan pengganti adiknya, Abdullah yang telah meninggal dunia.
Pada suatu hari, selepas Rasulullah diangkat menjadi Nabi, baginda naik ke Bukit Safa. Baginda menyeru semua kaum kerabatnya berkumpul. Maka berkumpullah mereka semua. Jika ada yang tidak dapat datang, mereka akan menghantarkan wakil. Semua orang mendiamkan diri untuk mendengar perkara penting yang bakal dikatakan Rasulullah.
"Adakah kalian akan percaya jika aku katakan bahawa musuh akan datang menyerang kita pada esok hari?" tanya Rasulullah pada mereka.
"Pasti kami percaya. Engkau tidak pernah sekalipun bercakap bohong," jawab mereka.
Lalu Rasulullah bersabda, "Aku memberi peringatan kepada kamu semua. Seksaan Allah yang dahsyat akan datang".
Orang ramai terdiam memikirkan kata-kata Rasulullah itu. Sepanjang yang dikenali mereka, Rasulullah tidak pernah sekalipun berkata sesuatu yang sia-sia, apatah lagi untuk bercakap bohong.
Tiba-tiba Abu Lahab menjawab, "Celaka engkau! Apakah hanya untuk itu engkau kumpulkan kami?"
Maka bermula dari hari itulah Abu Lahab menjadi musuh Rasulullah yang paling utama. Dia tanpa segan silu melemparkan fitnah kepada Rasulullah. Apabila baginda keluar berdakwah, dia akan mengekori dan mengatakan Rasulullah berdusta. Rasulullah juga dituduh sebagai seorang yang gila.
Lantaran itu, Allah menurunkan ayat al-Quran di atas yang mengatakan dia akan dimasukkan ke dalam api neraka di akhirat kelak.
kewajipan puasa zahir
1- memastikan datangnya permulaan puasa dengan jalam melihat rukyah anak bulan.
2- niat wajib dilakukan pada setiap malam dalam bulan ramadhan. niat wajib ditentukan dengan pasti misalnya meniatkan untuk melakukan kewajipana puasa ramadhan kerana Allah swt.
3- menahan diri daripaada memasukakn sesuatu benda dalam rongga badan dengan sengaja dan mengetahui bahawa ia sedang berpuasa. puasa batal jika sesorang itu makan. minum, memasukan ubat dalam hidunf atau dubur. puasa tidak terbatal dengan suntiukan, pembedahan urat, bercelak,bersugi,membersihkan telinga atau lubang kemaluan. puasa
jenis zakat
Ada 2 jenis zakat iaitu:
| Zakat Fitrah Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. [lagi..] | ||||||||||||||||
| Zakat Harta Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:
Ma'adin Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.
Kunuz Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).
Rikaz Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah) |
zakat
TAKRIF PENDAPATAN (AL-MUSTAFAD)
Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.
DALIL WAJIB ZAKAT
Firman Allah s.w.t:
Surah al-Baqarah (ayat 267) |
Allah menjelaskan bahawa segala 'hasil usaha yang baik' itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam 'hasil usaha' yang wajib dizakat.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)". Mereka bertanya, "Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?". Baginda menjawab, "Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah." Mereka bertanya, " Kalau tidak mempunyai pekerjaan?". Baginda bersabda, "Tolonglah mereka yang meminta pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak berkuasa?". Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah". |
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tunaikanlah zakat harta kamu". (Riwayat at-Tirmizi) Kalimah 'am-wa-lakum' yang digunakan dalam hadis di atas memberi maksud umum merangkumi segala jenis harta. |
JENIS-JENIS HARTA PENDAPATAN
Ulama' mutaakhirin membahagikan Mal al-Mustafad kepada tiga jenis seperti berikut
1. Penggajian dan Upah Kerja
Semua pendapatan secara gaji, upah, ganjaran, imbuhan dan sebgainya ang diperolehi oleh pekerja daripada majikan, hasil daripada usaha atau pekerjaan yang dilakukan untuk majikannya, sama ada semasa berkhidmat, selepas berkhidmat (pencen) atau selepas kematian.
Contoh :
- Gaji, upah, bonus, tuntukan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah , anugerah & insentif, hasil ESOS (Skim pilihan sahan pekerja) dan sebagainya.
Apa-apa hasil yang diperolehi dengan sebab pekerjaan atau penggajian.
2. Zakat Harta Kerja Bebas
Semua pendapatan secara upah, bayaran, imbuhan , royalti, komisyen dan sebagainya yang diperolehi hasil daripada usaha dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional.
Contoh :
- Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional seperti peguam, arkitek, doktor klinik atau hospital swasta dan sebagainya.
- Bayaran projek yang diterima oleh kontraktor dan keuntungan projek bermusim.
- Komisyen dan residual income - pendapatan dari jualan insurans, takaful, unit trust, brokeraj dan seumpamanya.
- Bayaran royalti atau komisyen yang diterima hasl penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya.
3. Zakat Harta al-Mustaghallat
Semua pendapatan yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya.
Contoh :
- Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis, perniagaan dan sebagainya.
- Hasil sewaan kenderaan, pengangkutan, peralatan, aset atau sebagainya.
- Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual
TOLAKAN ZAKAT DAN KEPERLUAN ASASI (HAD KIFAYAH)
Fuhaqa' berittifaq (bersepakat) bahawa keperluan asasi yang sangat dihajari oleh manusia adalah terlepas daripada kewajipan zakat.
Dalil :
Firman Allah s.w.t:
Surah al-Baqarah (ayat 219) |
Asas had al-kifayah ialah segala keperluan asasi yang mesti ada pada diri seseorang dan tanggungannya seperti isteri, anak-anak, ibubapa, adik beradik dan sebagainya.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Cukup seseorang itu berdosa apabila ia mengabaikan nafkah orang yang ditanggungnya". (sunan Abu Daud) |
Keperluan asasi yang diambil kita dalam penentuan Had al-Kafayah adalah seperti berikut :
1. Perlindungan
2. Makanan dan minuman
3. Pakaian
4. Perubahan
5. Pendidikan
6. Pengangkutan
KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT
Berikut adalah jadual taksiran zakat pendapatan mengikut Fatwa Zakat Pendapatan, Mac 2010 seperti yang diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.
JADUAL PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN
BAHAGIAN A : Komponen Pendapatan | RM | |
A1 : Hasil Penggajian & Upah | | |
Gaji & Elaun & Bonus | | |
Ganjaran, Gatuiti dan Keuntungan ESOS (Skim Pilihan Saham Pekerja) | | |
Lain-lain | | |
| | |
A2 : Hasil Bebas & Professional | | |
Perkhidmatan Konsultansi Professional | | |
Komisyen dan Residual Income | | |
Royalti & Honorarium | | |
Hasil projek bermusim | | |
Hasil tunai sekali sekali seperti hasil pembiayaan semula aset atau jualan aset tetap atau pinjaman bank yang tiada tujuan dan lain-lain. | | |
| | |
A3 : Hasil al-Mustagallat | | |
Hasil sewaan Tanah / Bangunan / Kenderaan / Pengangkutan | | |
Hasil pertanian kekal seperti getah, kelapa sawit, durian dan sebagainya yang pokok dan tapaknya tidak dijual | | |
Lain-lain | | |
JUMLAH PENDAPATAN (A1 + A2 + A3) | ||
BAHAGIAN B : Komponen Kos Projek | RM | |
B1 : Kos Hasil Bebas & Profesional (Jika Berkenaan) | | |
Bayar upah pekerja | | |
Pembelian barang dan peralatan kerja | | |
Cukai, yuran guaman, bayaran lesen & lain-lain | | |
Lain-lain kos | | |
| | |
B2 : Kos Hasil al-Mustaghallat | | |
Penyelenggaraan & baik pulih aset tetap | | |
Kos penjagaan tapak ladang/ternakan | | |
Cukai, yuran guaman, bayaran lesen & lain-lain | | |
JUMLAH KOS HASIL BEBAS & PROFESIONAL DAN KOS HASIL al-MUSTAGHALLAT (B1 + B2) | ||
BAHAGIAN C : Tolakan Had Kifayah | RM | |
C1 : Had Kifayah Isi Rumah | | |
Diri | 8,200 | |
Isteri | RM5,000/seorang | |
Tanggungan tidak bekerja (18 tahun ke atas) | RM2,900/seorang | |
Anak berumur 7-17 tahun | RM2,200/seorang | |
Anak berumur 0-6 tahun | RM1,500/seorang | |
| | |
C2 : Had Kifayah Tambahan (Jika Berkenaan) | | |
Tanggungan anak cacat | RM2,400/seorang | |
Tanggungan pesakit kronik | RM2,400/seorang | |
Cukai, yuran guaman, bayaran lesen & lain-lain | | |
JUMLAH TOLAKAN HAD KIFAYAH (C1 + C2) | ||
BAHAGIAN D : Tolakan lain | RM | |
Kategori Tolakan Lain | | |
Caruman KWSP (Jumlah kasar gaji x 11%) | | |
Caruman tahunan di institusi yang membayar zakat bagi ahli ataupun pemegang saham seperti : | | |
Lembaga Tabung Haji | | |
Koperasi/Institusi yang membayar zakat | | |
JUMLAH TOLAKAN LAIN | ||
BAHAGIAN E : Pendapatan Bersih yang Dizakatkan | RM | |
| ||
|
rahsia puasa
Allah swt berfirman maksudnya
puasa adalah separuh kesabaran (diriwatkan oleh Tirmidzi dan ibnu majah).
Allah swt berfirman bermaksud
sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahajalah yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira ) az-zumar 10)
rasulullah saw bersabda maksudnya
demi tuhan yang jiwaku dalam kekuasaanNya adalah bau mulut seseorang yang berpuasa iatu adalah lebih harum disisi Allah daripada bau kasturi, Allah swt berfirman (dalam hadis Qudsi: sesungguhnya mereka itu meninggalkan nafsu syahwat, makan dan minum keranaku.sesungguhnya puasa untukku dan aku akan memberikan balasan untuknya ( diriwayatkan oleh bukhari dan muslim)
JOM…..SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN.izz
JOM…..SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN
Org yg busuk hatinya adalah org sering memandang kelemahan & prasangka buruk terhadap teman / sahabatnya tanpa brbuat usaha keinsanan bagi tujuan keimann
Time: 19/10/2009 22:50:42
Sebaik2 iman adalh amal, sebaik2 amal adalh insan, sebaik2 insan yg pemurah, semurah2 sedekah adalh senyuman, sebaik2 senyuman adalh yg menenangkan jiwa
Time: 12/10/2009 22:17:14
Jika hari ini hari trakhir bg 2009, pernahkah kita menghitung amal kebaikan & keburukan kita? Andai ajal menziarahi kita esok hari, sudahkah kita
Time: 13/10/2009 16:46:09
Bila kita diuji dgn kemiskinn, kita mmpu utk brsabar ttp bila kita diuji dgn kesenangn, kita mudah lupa diri & alpa. Biarlh kita hidup dlm kesederhanaan
Time: 11/10/2009 02:29:22
http://izzmus.blogspot.com
ranjau krew
Ranjau kehidupan krew
Cerita ini merupakan suatu luahan dan rententan sejarah kehidupan seorang pendidik yang bernama azman (bukan nama sebenar) dalam mengharungi segala liku-liku kehidupan untuk menjadi pendidik. Kisah ini bermula dari memasuki alam pembejaran untuk melayakkan diri sebagai pendidik. Keseronokan azman untuk menlayakakan diri sebagai guru atau cikgu tidak dapat ditahan lagi.
PADA 1HB JANUARI 2010(jumaat)
Detik-detik sejarah dalam melayakkan diri bergelar guru semakin membuak-buak. Kringggg….krringggg..kring…. kkedengaran telefon azman kedengaran memecah keheningan dan kehngatan pada malam itu, azman melihat dipapar muka telefonnya kelihatan panggilan yang dinanti-nantikan iaitu kawannya yang bernama zahid (bukan nama sebenar), hello..zahid mu wat gapo? Lamo tak dengar berito,mu dapat posting negeri mano?”persoalan azman yang pertama kepada kawannya zahid. Kawannya zahid terkaku sejenak kerana terlampau banyak persoalan yang ditanyakan oleh azman kepadanya dalam satu nafas. Aaakkkuuu sihat..mu tu duk senyap..tak dengar berito..aku buleh kat negeri Pahang…jawab zahid kepada azman. Azman menyapa eh aku sama la posting dengan mu zahid . yoo ko??? Tanya zahid kehairanan. Yoo la tok kan aku nak tipu…azman menyakinkan kata-katanya..alhamdulillah lah kito dapat satu negeri leh pergi sama-sama nanti, jawab zahid. Azman hanya mengangguk kan kepala tanpa disedarinya perbuatannya itu tidak dapat dilihat oleh kawannya zahid.
Azman menanyakan zahid bila dia nak pergi Pahang. Zahid menjawab hari jumaat lepas solat jumaat terus bertolak pergi Pahang. Mmmmm….ok lah aku tumpang mu eteh deh pergi Pahang apa-apa hal aku bagitahu nanti, jawab azman dengan menarik hati yang lega, kerana dia sudah buntu untuk pergi ke Pahang, akhirnya masalahnya sudah beres. Dalam benak kepala azman merangcang untuk melakukan beberapa perkara tentang majlis solat hajat dan tahlil sempena beliau mendapat posting, hal temu janji dengan kekasihnya, hal-hal persiapan barang-barang yang perlu dibawa ke Pahang nanti maklum lah kalau dah pergi ke Pahang bulan februari baru leh balik. Hari khamis pagi azman bertemu kekasihnya untuk sembang-sembang, khamis malam lak buat majlis solat hajat dan tahlil untuk arwah nenek dan datuknya yang telah pergi bertemu ilahi.
Azman tidak dapat tidor pada malam khamis tu kerana mengenangkan apa yang akan terjadi bila ke negeri Pahang nanti. Bemacam-macam persoalan membuntui azman tentang macam ne lah taklimat itu disampaikan, ke mana lah kawasan atau sekolah yang akan ditempatkan, mungkin berpisah dengan kawan-kawan. Lepas solat jumaat azman meminta tolong abang iparnya menghantarnya pergi ke rumah kawannya zahid untuk pergi ke negeri Pahang bersama-sama. Tepat pukul 3 petang azman sampai di rumah zahid sebagaimana yang telah dijanjikan… assalamualaikum zahid.. , azman member salam sebaik sahaja tiba di rumah zahid. Azman, zahid dan abg ipar azman berjabat salam. Azman ingat zahid hanya tunggu dia je untuk pergi ke Pahang rupa-rupanya zahid janji dengan kawan dia sorang lagi yang tinggal di genting, tumpat. Terpaksa lah azman menunggu kawan zahid tu datang kerana kawan zahid tu pun dapat negeri Pahang gak. Lebih kurang dalam 40 minit duk borak-borak, kawan zahid pun tiba menaiki pajero..ayah dia yang hantar ke rumah zahidi.
Lebih kurang dalam pukul 4 petang azman,zahid dan kawan zahid yang bernama zamri (bukan nama sebenar) bertolak ke Pahang. Zahid yang memandu kenderaan
2/1/2010
Mereka bertiga bangun awal-awal dan terus solat subuh berjemaah bersama-sama penduduk disana. Sebelum pergi ke tempat talimat tersebut mereka mengambil kesempatan untuk sarapan dahulu.nanti tak pasal-pasal sakit perut lak. Tepat pukul 8.00 pagi mereka bertiga bertolak ke pusat bahagia teknologi pendidikan di daerah kuantan, Pahang itu. Setibanya mereka disana mereka bertemu ramai kawan-kawan dari segenap pengajian atau maktab malah ada yang sama maktab. Perasaan risau menjagi gembira kerana bertemu dengan ramai kawan yang kenal. Azman menlaporkan diri di meja urusetia dan diikuti zahid dan zamri. Pendaftaran mengikut abjad pangkal nama. Setelah melaporkan diri azman dan rakannya zamri dan zahid dapat tahu bahawa mereka mungkin akan berlainan posting. Sangkaan mereka tepat kerana disurat tersebut tertulis daerah yang tempat posting. Azman melihat perkataan BRA mukanya mula pucat dan risau sambil mulutnya tetanya-tanya BRA tu ape…BRA..orang yang berada disebelahnya menjadi mangsa pertanyaannya. Leh Tanya tak BRA ni ape? Azman bertanya orang sebelahnya. BRA tu BERA.. ooooo….BERA jawab azman so…so aku dapat posting daerah BERA la…jawab azman dalam atinya sendiri. Matanya mula mencari zahid dan zamri kerana ingin tahu mereka dapat daerah mana. Zamri dapat daerah Cameron dan zahid mendapat daerah PEKAN. Alah kita tak sama temapt la posting…sapa azman dengan sedikut kecewa.tapi mereka bertiga dan orang lain yang hadir masih tertanya-tanya apakah nama sekolah untuk mereka. Selepas pengarah pelajaran negeri Pahang menyampaikan ucapan kemudian saat-saat yang dinantikan telah tiba iaitu pengumuman tentang nama sekolah yang akan ditempatkan. Ingatkan orang jabatan pelajaran negeri Pahang nak umumkan nama semua orang rupanya dia panggil wakil je..dua orang wakil setiap daerah dipanggil selebihnya di beri kepada timbalan bahagian guru PPD masing-masing. Baru tahu nama sekolah yang ditempatkan azman orang yang pertama yang disebut oleh wakil PPD untuk menyebut nama sekolah. Ati azman berdebar-debar. azman mendapat sekolah kebangsaan iskandar, timbalan PPD ada menyebut sekolah tersebut adalah merupakan sekolah yang paling hujung atau hulu di daerah BERA, ati azman sedikit risau bermacam-macam yang dia piker. Tetapi belaiu tabahkan ati dan berdoa banyak-banyak kepada ALLAH agar ALLAH membantunya dalam menjalankan tugaskan yang diberikan. Setelah semua selesai dalam pukul 1.00 tengahari semua selesai. Mereka bertiga bersalam-salam dan meminta maaf sebelum berpisah. Maklumlah dapat posting tidak sama daerah sedikit perasaan hiba tersemat dalam hati masing-masing. Tetapi masing-masing berjanji insyaalah akan berjumpa lagi…insyaalah…azman mengambil barangnya dalam kereta zahid, selepas itu azman cepat-cepat menelefon sepupunya yang berada di kuantan untuk bermalam. Dalam beberapa minit kemudian sepupu azman datang dengan kereta Honda city warna hitam. Sepupu azman pun kerja sebagai guru macam azman gak, tetapi be;aiu bertugas di daerah kuantan. Sepupu azman bertanya kepada azman nak pergi sekarang ke..ke sekolah tu? Azman mengaru-garu kepalanya yang tigak gatal. Entah lah ikut lah…. Jawab azman dengan pendek dan pantas.ok lah tumpang bermalam umah mertua ore dulu lah leh Tanya sepupu azman kepada azman.. azman mengangguk-anggukkan kepalanya menandakan tanda setuju… sepupu azman berjanji nak minta tolong suaminya untuk pergi sama mencari sekolah tersebut.oklah jawab azman.
3/1/2010
Tepat pukul 9.00 pagi azman, sepupunya, suami sepupunya dan sepupu kepada suaminya bertolah ke BERA untuk mencari sekolah kebangsaan iskandar. Sepupu kepada suami sepupu azman ni tahu gak la tempat tu kerana beliau pernah bertugas di area sana. Dalam pukul 11.30 tengahari azman sampai ke kawasan yang dituju azman melihat sekeliling kawasan tersebut penuh dengan kawasan felda kelapa sawit dn lading getah je…dalam ati azman membaca mesti sekolah ni dalam felda ni…mesti hulu ni..atinya dan mulutnya mula membaca dan berdoa agar ALLAH selamatkan dan melindunginya. Pukul 12.00 tengahari mereka sampai di sekolah kebngsaan iskandar yang dicari-cari ternyata sekolah tersebut terletak di kawasan pedalaman dalam kawasan felda kelapa sawit. Azman masuk dalam kawasan sekolah sambil matanya melilau-lilau mencari orang dalam kawasan tu. Mereka terus ke bahagia pejabat sekolah tersebut. Mereka berjumpa cikgu yang dikenali cikgu sukri, dan cikgu auwia.cikgu tersebut menyuruh azman melaporkan diri pada esok hari iaitu hari isnin. Cikgu tersebut juga mensyorkan agar azman tinggal bersama staf di sekolah ini yang bernama Rosman (bukan nama sebenar) rosman berkerja sebagai pembantu pejabat atau office boy di sekolah keb iskandar. Beliau juga masih bujang macam azman jugak..lega ati azman mendengar penerangan cikgu tersebut kalau tak jenuh la nak pikir bermalam lak nanti.. setelah berjumpa dengan rosman, rosman bersetuju untuk tinggal bersaman azman. Kemudian sepupu azman dan suaminya hendak berangkat pulang kerana risau nanti lewat sampai lak di kuantan nanti. hati sepupu azman berrasa berat untuk meninggalkan azman di tempat tersebut maklumlah azman tak pernah samapi di tempat tersebut, walaubagaimana pun sepupunya sempat berpesan ati-ati lah berkawan-kawan lah dengan rosman tu nanti lama-lama ok la.. pesan sepupu azman. Azman hanya menjawab ya je.. hatinya sedikit sedih kerana belaiu banyak menyusahkan sepupunya dan perasaan risau masih menyelebungi kepalanya iaitu beliau tidak tahu orang di sini macam mana, murid di sini macam mana dan macam-macam lagi…
4/1/2010 isnin
Tepat pukul 7.30 pagi azman pergi ke sekolah tersebut yang hanya berada dalam 50 meter je dengan rumah kediaman nya iaitu rumah kediaman guru. beliau berjumpa dengan guru-guru dan pembatu kerani. Pembantu kerani member tahu apa yang harus azman lakukan. Hari itu azman sibuk dengan mengurus surat-suart dan dokumen yang di perlukan oleh pembantu kerani sekolah tersebut.
5/1/2010
Jadual waktu mengajar tidak dapat lagi.. tetapi pk1 ada bertanyakan azman bahawa azman leh tak BI dan sains. Lidah azman kelu sekejap, kerana beliau kurang mahir dalam subjek tu… azman menjawab kalau sains buleh lah cikguuuu..pk1 hanya menyenyapkan diri je..
6/1/2010
Macam biasa azman pergi kesekolah seawall pukul 7.30 pagi. Pk 1 memberi jadual mengajar kepada azman. Azman kena mengajar 6 subjek iaitu sains, kajian tempatan, pendidikan jasmani, muzik, pendidikan moral dan pendidikan seni. Sekolah tesebut mempunyai 240 orang murid berdaftar pada tahun ini. Kelas ada dalam 9 kelas sahaja. Zaman kena mengajar 7 kelas daripada 9 kelas tersebut iaitu 2A, 3A,3B,4A, 4B, 6A,6B.
bersammbung.......
sekarang hampir 8 bulan azman bertugas di sekolah masyarakat orang asli di hujung daerah bera.. baru hari sabtu minggu lepas azman mengikuti program famly day bersama-sama guru sekolah tersebut. azman masih ingat tarikhnya iaitu 31-7-2010. kata kawan-kawan seangkatan dengannya itu lah program pertama kali yang diadakan di sekolah tersebut. kerana program famly day sering berlaku masalah yang tidak dapat dielakakan.. mujur dan alhamdullahlah kerana kali ini program tersebut dapat berjalan dengan lancarnya. prorgam tersebut dilaksanakan di hotel dee villaly di melaka. azman merasakan itulah hari yang baik untuk merapatkan hunbungan silaturrahim bersama guru seanggkatan dengannya.
oh lupa nak cerita azman bergaya dengan pergi ke famly day dengan kereta baharunya.itulah masa untuk menenangkan fikiran yang berserabut...
setiap minggu sekiranya ada masa terluang azman sentiasa pergi ke bandar serting atau bahau untuk berjumpa rakannya. kerana di sini beliau bosan kerana tiada apa yang ingin dilakukan..
sekarang azman mula mengubah kedudukan dan dalam bilik komputer agar bilik komputer nampak menarik dan kemas. cuma kadang-kadang banyak perkara azman tidak dapat lakukan kerana itulah pertama kali dia diberi tugas menguruskan makmal komputer. walaupun beliau tidak pandai sangat dalam bidang komputer namun beliau tetap berusaha untuk belajar memajukan diri dalam arena tersebut..kawan-kawan beliau lah banyak membantu dan menolong beliau.
bersambung........
bila ombak menghakis
Apabila ombak menghakis pantai
Oleh AHMAD SHAARI
rencana@kosmo.com.my
Menurut cerita lisan penduduk tempatan, kononnya sumpahan seorang anak yatim piatu telah menukar wajah sawah yang subur menjadi laut. Apakah benar cerita ini?
PEMANDANGAN pada hari semalam amat menarik. Kawasan yang landai dan disulami dengan bongkah-bongkah batu di sepanjang pesisir pantainya begitu menarik perhatian. Bongkah-bongkah batu itu disusun bagi mengekang hakisan ombak. Di sepanjang tebingnya pula, terdapat pohon-pohon rendang menjadikan suasana di situ sentiasa redup dan nyaman.
Itulah Ban Pecah yang terletak dekat Tanjung Piandang, Perak yang menjadi tempat bersantai dan menjamu selera bagi penduduk daerah Krian. Terletak kira-kira lima kilometer dari bandar Parit Buntar, lokasi ini dikunjungi sehingga lewat malam untuk menjamu selera. Menu utama pilihan pengunjung adalah kari ikan sembilang yang tidak asing lagi serta mi udang Tanjung Piandang.
Walaupun pantai itu menerima ratusan pengunjung setiap hari, namun tidak ramai tahu bahawa pada awal tahun 1960-an, kawasan itu adalah hamparan sawah padi yang subur menghijau.
Menurut cerita lisan penduduk tempatan, kononnya sumpahan seorang anak yatim piatu telah menukar wajah sawah yang subur menjadi laut. Apakah benar cerita ini?
Kisah ini tidak pernah dilupai oleh penduduk daerah tersebut dan daerah berdekatan seperti Bandar Baharu, Kedah dan daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Antara individu yang masih mengingati cerita ini ialah Masjuri Anang, 82.
Bekas imam di kampung tersebut memberitahu, kisah tersebut menjadi bualan penduduk kampung ketika itu. Namun, meniti peredaran zaman, kisah itu lenyap sedikit demi sedikit.
|
|
"Memang benar dahulunya kawasan pantai ini adalah 'lautan sawah' padi yang amat subur iaitu kira-kira 400 hektar luasnya. Ia milik penduduk kampung termasuk dua beradik yang merupakan anak orang berada.
"Hampir dua pertiga tanah sawah itu milik mereka. Sebelum saudara yang sulung meninggal dunia, dia telah meminta adiknya menjaga anaknya dan tanah sawah miliknya.
"Namun, ketika anak-anak itu sedang membesar, bapa saudara mereka telah mengkhianati amanah tersebut. Semua bahagian harta milik si abang tidak diserahkan seperti yang diamanahkan, sebaliknya dibolot oleh si adik," ujar Masjuri.
Ceritanya lagi, untuk menyara hidup, anak yatim yang malang itu terpaksa bekerja keras setiap hari untuk mendapatkan sesuap nasi.
Menurutnya lagi, cakap-cakap masyarakat setempat pada masa itu menyedarkan anak yatim itu bahawa bapa saudara mereka telah mengkhianati amanah ayahnya.
"Dia bertemu bapa saudaranya bertanyakan perkara itu tetapi disangkal dan dihalau keluar.
"Sebelum meninggalkan kampung, anak itu berdoa, 'Ya Allah, jika benar apa yang berlaku ini, engkau tunjukkan balasannya'. Sejak itu, ombak mula mengganas memecah benteng sawah atau ban yang dibina.
"Kawasan bendang dan kebun kelapa bertukar menjadi pantai menyebabkan penduduk kampung cemas.
"Segala usaha dilakukan seperti menambak dan cuba mengalirkan air laut ke dalam kolam, tetapi tidak berkesan sehingga segelintir penduduk kampung menggunakan bomoh dan pawang," ujarnya.
PENDUDUK kampung mendakwa kawasan pantai ini dahulunya merupakan sawah padi.
Perkara itu diakui oleh seorang lagi penghuni kampung itu, Ahmad Mukri, 72.
"Saya masih ingat lagi penduduk mengorbankan seekor lembu putih atas kehendak pawang. Ketika itu, saya berusia belasan tahun dan lihat sendiri tulang-tulang lembu bertaburan di tepi pantai.
Sementara itu, seorang pemilik gerai, Hassan Mohamad, 46, mengakui pernah melihat objek seperti pintu air ban di tengah-tengah pantai ketika air surut.
"Saya masih dapat melihat pintu air jauh ke tengah laut iaitu kira-kira dua atau tiga kilometer dari pantai.
"Pintu air itu jelas menjadi bukti bahawa kawasan laut sekarang adalah ban satu ketika dahulu," katanya.
Seorang penduduk yang sering bermain di kawasan Ban Pecah ketika usia remaja, Ishak Cik, 62, bagaimanapun mempunyai pandangan berbeza.
Beliau berpendapat, kejadian itu merupakan satu fenomena alam yang berpunca daripada hakisan pantai dan ombak besar yang berlaku sekitar awal tahun 1960-an.
"Saban hari ketika itu, ombak besar melanda kawasan terlibat. Tanah arwah ayah saya seluas 1.61 hektar turut menjadi korban. Apa nak buat, dulu sawah, kini jadi laut. Cuma geran tanah yang tinggal dalam laci," katanya.
Menurut Ishak, akibat hakisan teruk, kerajaan telah menambak pesisir pantai dengan batu sepanjang kira-kira empat kilometer bermula dari Sungai Baru ke Sungai Burung sehingga ke Kampung Nelayan Baru, Tanjung Piandang, Perak.
arkib (bahaya plastik)
ARKIB : 12/05/2009
Bahaya bekas plastik biasa
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
|
bijak memilih bekas plastik yang ingin digunakan, bakal memberi keuntungan kepada kesihatan. |
WANITA memang terdedah dengan pelbagai penyakit, hinggakan jika meminum air dari botol plastik sekalipun boleh menjadi punca kanser payu dara.
Kenyataan ini bukan sengaja diada-adakan tetapi hakikat yang diakui oleh selebriti antarabangsa, Sheryl Crow. Dia mengakui salah satu punca dia mengalami kanser payu dara ialah tabiatnya meminum air mineral yang diletakkan di dalam keretanya. Crow mengatakan demikian ketika tampil dalam satu rancangan bual bicara, Ellen Show tidak lama dahulu.
Pakar perubatan juga bersepakat menyatakan bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik di dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payu dara.
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Profesor Madya Rahmat Awang dari Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia tidak lama dahulu mendapati bahan kimia yang terdapat dari plastik mempunyai kemudaratan.
Beliau berkata, ramai tidak menyedari bahaya plastik serta komponen-komponen kimia yang terkandung di dalamnya.
Walaupun banyak maklumat disebarkan oleh pihak berwajib mengenai kesan kimia yang hadir akibat tindak balas makanan di dalam bahan pembungkusan namun penggunaannya masih berleluasa.
Kebenaran itu memang tidak boleh disangkal, malah penulis juga seringkali membeli makanan di dalam bungkusan plastik. Malah untuk menyimpan makanan di dalam peti sejuk atau bekalan pasti bekas plastik menjadi pilihan.
Sebenarnya banyak alternatif yang boleh kita gunakan selain penggunaan botol atau bekas plastik biasa untuk tujuan menyimpan makanan atau minuman.
Kini telah banyak inovasi plastik. Cuma pengguna perlu bijak memilih bekas yang boleh menghindarkan perkara itu daripada berlaku.
Di atas kesedaran bahawa bekas plastik membahayakan kesihatan, pemilik premis jualan Tupperware, Sahliah Kasmani mengambil inisiatif mengadakan ceramah mengenai bahaya plastik.
"Plastik seperti yang umum ketahui diperbuat daripada pelbagai bahan kimia. Jika kita meletakkan makanan di dalam bekas plastik ini secara tidak langsung akan memberi mudarat apabila dimakan makanan tersebut.
"Bagaimanapun, kesan agak berlainan sekiranya pengguna menggunakan produk keluaran Tupperware.
"Ini kerana Tupperware diperbuat daripada bahan berkualiti yang tidak mengandung racun. Ia selamat digunakan sebagai bekas untuk menyediakan, menghidang dan menyimpan makanan.
"Ia juga memang dikenali sebagai tempat menyimpan makanan untuk tahan lebih lama," ujarnya ketika ditemui dalam majlis pelancaran premis jualan Tupperware di Aman Suria, Kelana Jaya, baru-baru ini.
Sementara itu, pengurus komunikasi pemasaran Tupperware Brands Malaysia, Wong Ee Ling berkata, manusia dan penggunaan plastik memang tidak dapat dipisahkan.
"Sebagai pengguna, kita perlu mengenalpasti tentang jenis plastik yang kita gunakan. Jika arahan kepada plastik tersebut hanya untuk digunakan sekali, maka janganlah kita menggunakannya berkali-kali. Sebab apabila kita tidak mematuhi arahan, sudah tentu ia akan mendatangkan mudarat kepada diri," ujar beliau ketika dihubungi baru-baru ini.
Mengambil contoh bekas minuman, Ee Ling memberitahu, bekas air Tupperware memang telah disahkan oleh badan kesihatan sedunia boleh digunakan berkali-kali, tidak kira dalam suhu panas atau sejuk.
"Walaupun begitu, tidak semua produk Tupperware boleh digunakan dalam ketuhar gelombang. Ini kerana ada bahan kimia yang tidak sesuai dikeluarkan dari bekas yang melalui proses pemanasan gelombang. Untuk penggunaan bekas plastik dalam ketuhar, disarankan menggunakan bekas yang dikhaskan untuk ketuhar gelombang sahaja.
"Terdapat juga pengeluar bekas plastik yang mendakwa bekas plastik mereka selamat, namun tidak sesuai digunakan digunakan di dalam ketuhar, oleh itu pengguna harus berhati-hati dan mendapatkan ilmu serta informasi yang betul tentang penggunaan bekas plastik ini," ujarnya.
Pada majlis tersebut, Sahliah yang telah hampir 20 tahun melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung Tupperware turut mengalu-alukan individu yang ingin mendaftar menjadi ahli dan sekali gus menjadi pengedar.
"Inilah peluang keemasan bagi mereka yang ingin memasuki di alam perniagaan dan sesuai sekali untuk golongan yang telah diberhentikan kerja atau tiada pekerjaan,'' katanya yang mendapat sokongan penuh daripada suami, Abdul Wahid Manan.
Menurutnya, dengan hanya mendaftar sebanyak RM290, ahli akan mendapat kit produk dan boleh menganjurkan parti Tupperware di rumah dengan tunjuk ajar dari pengarah dan ketua organisasi teratas.
"Apa yang penting ialah minat dan semangat, kerana tidak mustahil bagi kita untuk memperolehi jualan sebanyak empat angka sebulan jika kita pandai membina rangkaian dan jualan," ujarnya.
teknik berceramah
Bagaimana untuk berceramah?
Artikel ini ditujukan kepada rakanku di JAKIM, JAWI, TH,guru-guru dan apa jua jenis profesion anda. Yang penting, tujuannya untuk berceramah terutama ceramah umum atau khas yang telah di tetapkan oleh penganjur. Yang pasti, kuliah dan ceramah adalah dua perkara berlainan.
Bagaimana ingin memulakan teks ceramah?
Yang pertama, pastikan kita dapatkan tajuk dari penganjur ataupun kita yang bebas memilih tajuk. Kita ambil contoh ‘Peranan Ilmu Kepada Manusia’. Nampak mudah tetapi bagi yang tidak pernah berceramah, tentulah ia perkara yang amat berat.
Penulisan Teks Ceramah
Bagaimana seseorang itu boleh bercakap 2 jam tanpa rasa letih ataupun tanpa menjemukan pendengar-pendengar? Mestilah ceramah tersebut penuh dengan isi ditambah pula dengan isi yang dapat menarik pendengar tersebut seperti isu-isu terbaru, perkara yang sudah menjadi budaya dan sebagainya. Ini terpulang kepada kebijaksanaan penceramah itu sendiri.
Mari kita tulis lakaran teks ceramah. Hanya memerlukan kertas A4 yang di lipat empat ataupun buku nota kecil (jangan guna buku 555, low class!)
TAJUK: Peranan Ilmu Kepada Manusia
MASA : 1 jam
PENDENGAR : Penduduk Kg Aman Sentosa
Kita perlu bahagikan kepada 3 perkara :
1-PENDAHULUAN (10 min)
2-ISI (40 min)
3-PENUTUP (10 min)
Oleh kerana sejam 60 minit maka 3 perkara di atas hanya memerlukan pembahagian minit untuk anda berceramah setiap perkara tersebut.
Contoh PENDAHULUAN :
Pembukaan dengan kalimah tauhid – spt Asyhadualla la ilaha illa Allah.. (3 min)
Takrif Ilmu – ringkas (3 min)
Pembahagian ilmu kepada baik dan buruk (4 min)
Jika dirujuk dari isi pendahuluan di atas maka anda sudah nampak apakah isi yang perlukan anda beri penekanan. Ini terpulang kepada bahasa anda, samada anda menggunakan audien untuk soal jawab seperti “Siapa boleh beritahu ustaz, ilmu itu terbahagi kepada berapa bahagian..??”
PERINGATAN : Anda Hendaklah Berdisiplin Mematuhi Masa Yang Anda Sendiri Tetapkan Supaya Tidak Terkurang. Jika Terlebih, Itu Bonus Buat Anda.
Mari kita lihat teks ISI pula :
Contoh ISI ‘Peranan Ilmu..’ :
1-kenal pencipta ( 10 min)
1.1 ilmu tauhid – kenal siapa tuhan (5 min) – beza dengan orang bukan islam
1.2 pelbagai ilmu ada manfaatnya (5 min) – ilmu perubatan ada faedah, ilmu falak ada faedah.
2-selamat dari kekufuran ( 10 min)
2.1 tahu membezakan yang mana iman atau kufur – cthnya ilmu sihir (5 min)
2.2 menjauhkan perkara yang boleh menjatuhkan akidah – cthnya dengan ilmu, kita tahu mana yang patut dijauhi seperti menghina Rasulullah (5 min)
3. Allah beri kemudahan penuntut ilmu (20 min)
3.1 penuntut ilmu di doakan oleh segenap makhluk Allah (5 min) – hadis
3.2 penuntut ilmu di mendapat darjat yang tertinggi (5 min) – alQuran
3.3 penuntut ilmu di kenang sepanjang zaman (5 min) –
3.4 penuntut ilmu yang mengajar (5 min) – amal jariah yang besar
Oleh itu, masa untuk ISI adalah 40 minit.
Akhirnya kita lihat PENUTUP :
Kesimpulan tajuk ilmu (5 min)
Doa – semoga menjadi orang yang berilmu (5 min)
Sudah selesai! Anda akan dapati masa di atas nampak sudah menjadi singkat. Dan, siapa yang telah biasa buat cara begini masanya sentiasa di penuhi dengan ceramah dan ditambah pula jika isi menarik.
Bagaimana pula memasukkan ayat alQuran dan hadith?
Biasanya, penceramah hendaklah terlebih dahulu menghafaz ayat atau matan hadith demi memudahkan dan melancarkan isi tersebut. Jika tidak pun, catatkan di hujung kertas tersebut agar ia semakin kuat di ingatan kita.
Berjumpa di SIRI 2..
Posted in Tutorial